Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu Bintang 3 cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.
Apa yang pasti,pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.
Editor buku tersebut,Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.
"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara.Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.
"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi di sini.
Terdahulu pada sidang akhbar di sebelum ini,Mohamad Sabu yang kini lebih dikenali sebagai Mat Sabu Bintang 3 dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.
"Berdasarkan buku itu dari awal lagi saya yakin saya menang mengenai isu (Mat Indera) dan keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Penaung YWJ ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman,malah bersama ahli akademik berwibawa yang dengan jelas menyatakan Mat Indera seorang pejuang dan bukannya komunis," katanya.
Yang pastinya kalau editor buku itu sendiri sudah bersuara menegaskan bahawa Mat Sabu tak layak bercakap untuk menentukan siapa pejuang kemerdekaan, kita boleh nilai sendiri tahap mentaliti penyokong komunis yang sedang tengah tersepit ini!
Penulis buku ini sebenarnya mengajak pembaca untuk berfikir sejenak siapa Mat Indera ini sebenarnya. Samada beliau layak digelar hero atau pengkhianat negara atas penglibatan beliau dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong 1950. Bukannya buku ini iktiraf Mat Indera sebagai pejuang dan bukan komunis.
Nampaknya blog-blog Pakatan Rakyat yang begitu asyik menayangkan bukti ini dan mempertahankan bahawa Mat Indera adalah pejuang sebenar melalui bukti buku ini dan bukan pengganas komunis nampaknya sudah 'terkantoi' sekarang dengan 'game' mereka!
Sama jugalah sebagaimana PAS selalu menggunakan petikan hadis yang sekerat dalam mempertahankan hujah-hujah fitnah mereka semasa 'menghentam' UMNO. Dalam kes ini mereka mengulangi perkara yang sama, hanya mengambil petikan yang boleh membantu mempertahankan hujah mereka tanpa memahami perkara atau cerita sebenar!
Nasihat untuk Mat Sabu Bintang 3,baca dan faham betul-betul isi kandungan buku tersebut sebelum nak putarbelitkan keadaan sebenar! Tak payahlah nak menegakkan benang yang basah kalau inilah tahap mentaliti anda. Tepuk dada, tanya selera! Wallahuallam.
Sumber SUARA BELANTAN
MAT SABU,APA CERITA ???
LEPAS INI NAK CARI BUKU SEJARAH MANA PULAK ???

9 comments:
kantoi
Assalam Bro
Mana tak kantol baca separuh jalan... dah tu tak faham bahasa... kan bodoh namanya tu..
Bro,
Mat Sabu nak mai Kedah 22.9.11 nanti. Boleh lah kita pergi baling telor busuk beramai-ramai.
Pengkianat negara elok diberi sedikit pengajaran.
dalam quran pun ada sebut manusia kejam macam firaun dll. ada kah kita anggap firaun tu macam taraf nabi pejuang ugama allah. Mat Sapu tak kira sapa dah, dah, dia sapu saja. Sejarah paling baik utk mat sapu ialah sejarah di berkhalwat dgn bini orang dan ada editor dia yang boleh mengesahkan dia hero. tak bersalah.
Ayat terakhirnya bahagian Mat Indera dibuku tersebut ialah "Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang" Ini bukan andaian mat sabu atau penyokong pembangkang, tp kesimpulan yg dibuat oleh penulis sendiri..
Dah masuk komunis tu sah sah la petualang...nak cerita apa lagi.
Kalau mcm tu ada baiknya penulis buku tu dipersalahkan dahulu. Kenapa bila isu ni dibangkitkan pembangkang baru nak kata mat indera tu petualang?
bodohnye mat sabun ni...bebal tahap primate apes...
sepatutnya kita menilai diri kita dahulu..barulah kita salahkan orang lain...elakkan jadi pengampu serta melibatkan politik dalam isu ini, ia sejarah yg perlu kita kaji dgn lebih mendalam lagi, x perlu bergaduh sesama sendiri serta menyalahkan satu sama lain, semoga ahli sejarah yang bertauliah dapat mengupas bukti2 sejarah yg baru disedari ataupun ditemui...renung2kan, selamat beramal
Post a Comment