Social Icons

Pages

Thursday, October 13, 2011

AZIZ BASI MENGHINA SULTAN SELANGOR ??? INI JAWAPAN DATUK ZULKIFLI NOORDIN !!!



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru,Datuk Zulkifli Noordin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pakar perlembagaan,Prof Dr Abdul Aziz Bari @ Aziz Basi yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama Ogos lalu.Menurut beliau,kenyataan Aziz Basi itu seolah-olah memberi bayangan bahawa Sultan Selangor mengambil sikap berpihak dalam memutuskan perkara tersebut.

“Raja-raja Melayu tidak pernah ambil sikap memihak. Jika kita ingat kembali sikap Almarhum Sultan Salahuddin,baginda akan tegur sesiapa saja yang memerintah Selangor pada waktu itu.Raja-raja Melayu bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat dibawah naungan baginda. Jadi dakwaan mengatakan baginda mengambil sikap berpihak adalah satu putar belit dan kebiadapan melampau,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Mstar melaporkan Jelas beliau,seperti yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, hal ehwal agama Islam Selangor terletak di bawah bidang kuasa Tuanku Sultan Selangor.

“Oleh itu,Menteri Besar,ahli exco dan kerajaan negeri tiada kuasa dalam isu ini. Hal Ehwal Islam di peringkat negeri terletak di bawah kuasa Raja-raja Melayu. Sudah menjadi kewajiban Sultan untuk pertahankan dan mendaulatkan agama Islam,” ujarnya.

Datuk Zulkifli Noordin berkata,dalam isu serbuan ke atas gereja itu, kes tersebut tidak dibawa ke mahkamah kerana saksi tidak mahu memberikan kerjasama.

“Buat apa kalau pihak pendakwa raya bawa kes ini ke mahkamah jika tahu saksi enggan bekerjasama. Tidakkah ia akan memalukan agama Islam? Kita tidak mahu perkara ini berlaku…oleh itu, baginda keluarkan kenyataan untuk pertahankan umat Islam,” katanya.

Sementara itu,beliau turut mencabar Aziz basi supaya meletak jawatan selaku pensyarah dan bertanding dalam pilihan raya akan datang jika mahu berpolitik.

“Kalau hebat sangat berpolitik,letak jawatan dan bertanding dalam pilihan raya. Cara dia bertindak tidak menggambarkan dirinya sebagai pakar perlembagaan dan juga ahli akademik,” katanya.

Kenyataan Aziz basi itu turut menerima kritikan pelbagai pihak kerana memburuk-burukkan institusi raja

SEORANG LAGI MENDERHAKA PADA SULTAN !!!

NAMPAKNYA NAK JADI MACAM NIZAR KER ???

KALAU BERANI JADI AHLI POLITIKLAH !!!

KERJA ANDA MENGAJAR,BUKAN NAK JADI HERO !!!

5 comments:

Anonymous said...

siapa Zulkifli Nordin?...satu lagi alkatak yg akan pupus selepas Pru 13...

Anonymous said...

semakin ramai penderhaka dalam Pakatan Rakyat, Pru 13 akan menentukan segala2nya...

Anonymous said...

Siapa zulkifli nordin? Jawapannya zulkifli nordin membuktikan dirinya bukannya barua Anuar ibrahim seperti anonymous diatas.

Anonymous said...

ZUL NORDIN?

PAS BUANG DIA..PKR REJECT DIA...LPS PRU 13, MEREMPAT LAH DIA!
MULUT BUSUK MCM TAIK!

Anonymous said...

ZUL NORDIN BEKAS PEGUAM ANWAR...SAMPAI SEKARANG ANWAR X BERANI SAMAN DIA KERANA DIA TAHU ZUL NORDIN BANYAK TAHU PASAL AKTIVITI DIA....PAS BUANG DIA KERANA DIA SANGGUP MATI MEMPERTAHANKAN KALIMAH SUCI ALLAH DARIPADA DIGUNAKAN GOLONGAN BUKAN ISLAM...PAS????TUNDUK ATAS DESAKAN POLITIK.....MANA YG LEBIH BAIK???/

 
 
Blogger Templates