Social Icons

Pages

Sunday, October 23, 2011

DATUK DR HASAN ALI TETAP DATANG WALAUPUN DI HALANG !!!


Kalau nak diukur dari segi jumlah yang hadir di Stadium Shah Alam yang boleh mengisi 80,000 orang memang ia gagal capai sasaran yang diharapkan. Namun Himpunan Sejuta Umat terus berlangsung penuh semangat.

Antara yang mengejutkan ialah kehadiran Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dari PAS sendiri di majlis itu.Ini mengenangkan secara rasmi membuat keputusan tidak hadir.Datuk Dr Hasan Ali antara tokoh politik yang turut serta dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Stadium Shah Alam petang Semalam.Datuk Dr Hasan Ali seperti dilaporkan blog dinturtle berkata “”Saya akan hadir,melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah,saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah,tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah,kalau bola,Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir.”

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad juga turut hadir di atas kapasitinya sebagai ketua Front Anti-Murtad (Forkad).Awalnya,terdapat cubaan pihak-pihak tertentu yang berusaha mensabotaj perhimpunan aman dengan mengedar risalah berunsur provokasi bertulis

‘Siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor ???


“Ini adalah perhimpunan yang aman.Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis,” kata pengerusi majlis Badrul Sani Baharuddin ketika membuat pengumuman di Stadium itu.


Blogger jentayu baka yang turut serta dalam majlis itu melaporkan Anwar Ibrahim berusaha menghalang umat Islam datang ke program itu,namun katanya,berdasarkan kehadiran umat Islam membanjiri stadium itu petang semalam,seruan Ketua Umum PKR itu adalah sia-sia.

Perhimpunan Sejuta Umat anjuran NGO Islam bertujuan mengajak umat Islam berhimpun bagi menolak murtad serta menyeru mereka agar tidak melayan tanggapan negatif mengenai Islam.Program yang bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 6 petang.

5 comments:

Anonymous said...

Walau pun saya diselatan tanah air dan tidak dapat menyertai Himpun, tapi dihati, saya tetap menyokong. Biarlah apa orang kata aqidah kita mesti dijaga. Allahu akbar.

Anonymous said...

Anak cucu Pak Ya Kapak harap Himpunan Sejuta Umat Islam boleh buat di semua negeri dlm Malaysia. Kat Kedah pun kena buat sama, Kami pun nak pi sama beramai ramai. kita dok kat area Pendang pun teringin nk pi KL. tapi jauh sangat. duit pun tk dak, nk motong pun dah ujan tiap tiap haghi. mai paya ci wa arai le leek.

Cute Oven said...

Betul kata Anoy 1. walaupun saya tak ikut serta tapi saya tetap sokong..

Anonymous said...

dah iklan besar2an dlm media massa umno, publisiti percuma, diwar2kan permit halal, pun sikit ni je yg datang?..ciput je?...

mana 3 juta ahli umno?..tak sensitif ke?....

moral of this stori: jgn la duk gebang.."HIMPUNAN SJEUTA UMAT" woii...malu umno!!!

Anonymous said...

bukan anjuran UMNO...UNMO tak arahkan semua ahlinya datang....bodoh la kau ni...ambiga kau julang...islam kau tak pandang

 
 
Blogger Templates