Social Icons

Pages

Wednesday, October 26, 2011

DATUK ZULKIFLI NOORDIN DI TABALKAN NAIB PRESIDEN PERKASA !!!


Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru,Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.Datuk Zulkifli Noordin dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.Datuk Zulkifli Noordin mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.Datuk Zulkifli Noordin sebelum ini dipecat sebagai anggota PKR dan beliau kemudian mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas.Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu.

TAHNIAH KEPADA DATUK ZULKIFLI NOORDIN !!!

JANGAN LUPA BONGKAR SEMUA APA YANG PATUT TERMASUK AL-JUBURI YANG NAK MENGHANCURKAN MALAYSIA !!!

7 comments:

Anonymous said...

takat ni dah tiga lubuk zul ni masuk...masuk pas kena tendang, masuk pkr kena buang, lps ni masuk perkasa pulak...

nampaknya perkasa ni memang pertubuhan katak2 lompat yg tiada pendirian..semua katak2 punya pot laa!!!

dari presidennya katak, sampailah ahli2nya semuanya pot katak!!

Burung Merbok said...

Tahniah kpd Perkasa kerana dapat mengajak seorang yang berwibawa, cekal dalam perjuangannya, teguh dari aspek prinsip diri dan matang dalam percaturan kerjayanya. Semoga PERKASA bermanfaat dgn kehadiran tokoh ini. Hanya mereka yg kecewa dgn YB Zul sahaja tergamak melontar kenyataan2 yg berat sebelah. YB Zul telah nampak permainan kotor serta kemunafikan puak2 ini ; sebab itu beliau lari tinggal mereka dgn cepat. Puak ini juga sedang marah dgn YB Zul sebab beliau sedang melondehkan segala kepincangan dan cerita kotor mereka melalui temuramah dan sesi ceramahnya. PERKASA dilihat sebagai mendapat keuntungan daripada pembongkaran rahsia2 puak munafik ini. Ini yang menakutkan mereka ; sebab itu ' character assasination ' menjadi satu opsyen utk menyelamat integriti puak munafik ini. Didoakan agar PERKASA bertambah kuat dan bertenaga untuk menerus perjuangan pembelaan Alif, Ba, Ta !

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.

Anon 10.38

Dato` Zul dipilih oleh Perkasa kerana kredibiliti beliau memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Janganlah memfitnah atau mengata orang tak tentu pasal.

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

Untuk renungan bersama . . .

Sekian, wassalam.

Anonymous said...

Tahniah YB, teruskan pembongkaran yg telah dan sedang berlaku, mereka tidak mampu utk berdalih dan berkata2 kerana apa yg telah YB bongkarkan semuanya adalah kebenaran belaka.
Ini semua berlaku adalah hasil solat hajat yg telah mereka lakukan, tp sayangnya mereka tetap membutakan mata dan hati kerana terlalu taksub.
Melompat keluar kerana mempertahankan agama, bangsa dan negara, lebih baik dari menjadi katak yg duduk bawah tempurung yg berterusan diperbodohkan.
Sudah terlau ramai org2 yg cerdik pandai meninggalkan perjuangan yg sia2 dan yg tinggal hanyalah org2 yg bodoh dan dungu kerana fikiran mereka ini mudah diracun maka jadilah mereka2 ini seperti katak dibawah tempurung, sekali sekala terpekik terlolong apabila diarahkan seperti katak memanggil hujan.

Anonymous said...

Tahniah YB, bukan masalah nak lompat mana2. Tak betul, tak align, tak ngam, tak masuk akal..silakan demi prinsip. Politik adalah sesuatu yang dinamik dan bukan statik. Yang statik tu jumud..tak perlu bai'ah jika prinsip yang didudung adalah syumul. Semua orang UMNO sepatutnya lompat masuk PERKASA!

Anonymous said...

Untuk menjadi ahli sila layari:

http://www.pribumiperkasa.com/

Bagi Yg menetap di Wilayah Persekutuan blh emailkan kepada saya contact no. HandPhone anda dan Nama, Saya akan menyampaikan ke Ketua2 Bahgian yg berdekatan dng anda. Wakil Wira Perkasa Bandar Tun Razak. email saya aj2099@live.com.my Razak.

Anonymous said...

ANON 10.38...INI BUKAN SEBARANG LOMPAT ...NIE LOMPAT KERANA KEBENARAN..MUNGKIN DAH DAPAT MELIHAT KEMUNAFIKAN PAS DAN PKR...MOGA DENGAN KEMASUKAN DATUK ZUL PERKASA AKAN KEMBALI GARANG SEPERTI DULU..KETUA WIRA HARUS LEBIH KEDEPAN SEPERTI MANA MANTAK KETUA WIRA DAHULU

 
 
Blogger Templates