Social Icons

Pages

Friday, October 14, 2011

ISU MURTAD !!! INI JAWAPAN DATUK DR HASAN ALI !!!


Empat golongan dipercayai menjadi sasaran utama kumpulan pendakwah Kristian untuk memurtadkan orang Islam di negara ini.Exco Hal Ehwal Islam,Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor,Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata,mereka ialah golongan miskin, anak muda,pesakit kronik dan golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.

“Mereka menjalankan penerapan fahaman Kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus,” katanya.

Antara caranya kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ialah dengan mendekati pesakit kronik yang terlantar di hospital terutama yang diabaikan atau kurang mendapat perhatian keluarga.

“Inilah sasaran utama untuk mereka dekati, mulanya dengan cara membantu namun lama-kelamaan mereka mula mempengaruhi dan memesongkan akidah individu terbabit,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Menangani Cabaran Kristianisasi di Malaysia.

Sh Melaporkan Hadir sama pada majlis itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Selangor,Datuk Dr Sidek Baba.Selain itu kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali,gerakan itu juga menjalankan aktiviti mengedar risalah secara terbuka di pusat beli-belah dan juga kawasan perumahan.

“Mereka mempunyai kepakaran dan strategi serta taktik yang terancang untuk mempengaruhi golongan seperti ini,” katanya.

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bagaimanapun mengakui,pihaknya tidak mempunyai data mengenai bilangan individu Islam yang sudah dimurtadkan menerusi gerakan seperti itu selain berapa banyak kumpulan yang menjalankan kegiatan Kristianisasi dengan menjadikan orang Islam sebagai sasaran.

“Apa yang kita diberitahu, gerakan Kristian aliran Evangelist yang aktif dalam kegiatan ini malah mereka dilihat semakin aktif,” katanya.

Dalam perkembangan sama,Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata,seramai 25 individu telah mendapatkan bantuan di Unit Selamatkan Akidah (USA) yang diwujudkan awal bulan lalu.

“Hampir sebulan unit ini ditubuhkan,kita berjaya membantu individu yang pernah dan sedang mendapat bantuan daripada pertubuhan Kristian.Kebanyakan yang datang pada kita adalah mereka yang menetap di kawasan bandar dan mengaku pernah menerima bantuan daripada gerakan itu akibat kesempitan hidup dan sukar mendapat bantuan daripada pihak berkaitan,” katanya.

No comments:

 
 
Blogger Templates