Social Icons

Pages

Saturday, October 01, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! SIAPA SAKSI ANWAR IBRAHIM YANG SEBENAR ??? KAK WAN ???


Isnin ini,mahkamah mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sapina yang mengarahkan mereka memberi keterangan menjadi saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kira-kira 13 tahun tahun,ketika Anwar dihadapkan ke mahkamah kes melindungi kegiatan seksnya, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perkara yang sama iaitu mensapina, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.Anwar mendakwa berlakunya konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhnya dengan mengenakan pendakwaan tersebut.

Menurut AIDC,Tun Dr. Mahathir menafikan dakwaan konspirasi itu dan memfailkan permohonan mengenepikan sapina dan permohonan bekas Perdana Menteri itu dibenarkan mahkamah.Kini,Anwar menafikan tujuan memanggil Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah untuk membuktikan ‘konspirasi’, sebaliknya sekadar untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan pertemuan pengadu, Mohd saiful Bukhari Azlan dengan kedua-dua tokoh itu yang didakwa berlaku sebelum kejadian Ketua Umum melakukan seks luar tabie dengan pengadu.

YB Datuk Zulkifli Noordin,bekas peguam bela kes liwat I Anwar melihat tindakan Ketua Umum PKR itu mensapina Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai kerja gila.


“Pada saya,ini hanya cubaan untuk mempolitikkan kes liwat dia, selain, mungkin cuba (untuk) nmemalukan YAB PM dan isteri.”, katanya.

Katanya adalah satu tindakan yang bodoh jika OKT (Orang Kena Tuduh) yakni Anwar memanggil seorang saksi yang bukan sahaja tidak akan menyokong pembelaannya, malah akan memberi keterangan menentangnya.

“Melainkan dia, yakni Anwar mempunyai niat lain!”, katanya.

Menurutnya,jika Anwar mahu menang dalam kes ini, Ketua Umum PKR itu perlu menjawab dua perkara utama iaitu, beliau perlu mengemukakan alibi iaitu individu-individu yang membuktikan beliau tidak ada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat beliau didakwa dan kedua kenapa ada air mani miliknya dalam dubur pengadu.

“Pihak pendakwa sebelum ini berjaya mengemukakan bukti bahawa Anwar berada di tempat kejadian, malahan wujud kesan air mani dalam dubur Saiful yang DNA itu disahkan milik Anwar.Jadi Anwar berhadapan dengan satu masalah yang besar untuk menafikan dirinya tidak ada di tempat kejadian.Bermakna, jika Anwar gagal memberikan keterangan dan bukti, bahawa dia memang tidak ada di tempat kejadian, hampir pasti mahkamah akan menyabitkannya di atas kesalahan meliwat stafnya itu, dan dia bakal disumbat kembali ke dalam penjara Sungai Buloh !!!

“Jadi apa relevannya, Anwar nak panggil PM sebagai saksi ???”, katanya.


Berdasarkan gambar di atas,saksi-saksi yang telah dan bakal di panggil (lihat sebelah kiri gambar) tidak ada seorang pun yang boleh dianggap sebagai alibi Anwar.Manakala,saksi yang tidak dipanggil (lihat sebelah kanan gambar),ada di kalangan mereka boleh dianggap sebagai alibi, namun kesemua saksi-saksi itu tidak dipanggil.



Kenapa semua ini berlaku ???

Anwar berkata beliau mahu memanggil Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah ke mahkamah bukan untuk membuktikan konspirasi, jadi jika tidak mahu membuktikan hujah itu dipanggil mereka buat apa ???

Jika tidak mahu membuktikan konspirasi adakah Anwar benar-benar mempunyai alibi???

Jika mempunyai benar-benar mempunyai alibi,siapakah alibi Anwar ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

WAH..PENJILAT NAJIB MAKIN KUAT MENGAMPU...ZUL LEMBU!

SEDAR2 LAH ZUL..CAKAP KO MEMANG TAK LEH PAKAI..SEBAB ITULAH UTUSAN KENA SAMAN MEMFITNAH KHALID SAMAD, SEBAB UTUSAN MELAPORKAN BERITA FITNAH PD KHALID YG DIAMBIL DR FITNAH ZUL DLM BLOG DIA..


KERANA NAK MENGAMPU SGT, KAN DAH KENA SAMAN...


NAJIB/ROSMAH JGN BYK DOLAK DALIK LAH! PERGI JER MAHKAMAH..
JAWAB APA YG DITANYA, DAN JGN JWB APA YG TAK DITANYA.JD KENAPA TAKUT SGT...BIASANYA KALU ORG TU TAKUT, MAKNANYA MEMANG DIA BERSALAH!!!

ZUL LEMBU KATA, NAJIB DIPANGGIL DEMI UNTUK MEMALUKANNYA, JD SELAMA INI ANWAR DIBICARAKAN, DITUDUH, DIFITNAH SEDEMIKIAN RUPA BUKAN MEMALUKAN DIA KAH? JAWAB ZUL!!


HANYA MONYET SAJA YG PERCAYA CAKAP LEMBU NI!

 
 
Blogger Templates