Social Icons

Pages

Wednesday, October 12, 2011

KES MURTAD !!! TAK HABIS LAGI KER DUMC NAK MURTADKAN ORANG ISLAM ???


Meskipun kekalutan cuba dileraikan dengan cara berhemah,namun golongan Kristian masih lagi merajuk dan meronta-ronta tidak puas hati.Perihal isu pemeriksaan Jais pada majlis makan malam Thanksgiving di gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Ogos lalu :

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, berdasarkan kepada siasatan Jais, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang. – mStar

Mengikut satu rencana Meloyakini,Bishop Katholik,Paul Tan Chee Ing telah berkata bahawa titah baginda sultan ibarat “dipped in the ambiguity that would make wanton accusations against Christians no more difficult in the future than it is now.”

(Ketaksaan jalan penyelesaian yang diputuskan ini akan membolehkan tuduhan dilemparkan terhadap orang Kristian kelak dengan sewenang-wenangnya dan begitu senang sekali).

Tambah Bishop Paul Tan :

“Begging the Tuanku’s pardon, how is it possible to assert that there were attempts to deviate the faith of Muslim attendees at the dinner function at the DUMC but there is, then, not sufficient evidence to prefer charges. If there is not enough evidence,there ought to be no imputation of wrongdoing – it’s as simple as that!”

(Dia mengajukan bahawa sekiranya bukti tidak mencukupi maka tidak seharusnya DUMC dibayangkan sebagai terbabit salah laku.)

Bishop Paul,yang juga presiden Persidangan Bishop-Bishop Katholik Malaysia,menegaskan bahawa titah sultan menggambarkan yang penganjur beragama Kristian majlis makan malam tersebut mungkin nampaknya sudah dibebaskan tetapi nama mereka belum dibersihkan daripada tanggapan cuba memurtadkan orang Islam.

Katanya : “I would have much preferred no statement at all to one that is neither here nor there.” (Lebih baik jika tidak dikeluarkan apa-apapun kenyataan rasmi daripada yang ini yang samar-samar.)

“Christians have waited patiently for exoneration from false accusations by people whose intent is to grandstand on behalf of their losing causes.”(Orang Kristian telahpun menunggu dengan sabarnya untuk dilepaskan daripada tuduhan-tuduhan palsu ini yang dibuat oleh satu kelompok yang sedang bermain sandiwara dengan hasrat menambah saham kerana mereka semakin kehilangan modal.)

Bishop Paul mengakhiri temuramah dengan pesanan :


Terjemahan : Baik juga pilihanraya umum dijangka diadakan dalam masa terdekat ini kerana nampaknya kempen jelek yang mensasarkan orang Kristian, di mana [masyarakat kami] disindir serta diburuk-burukkan melalui serangan bertubi-tubi, tidak akan tamat. Satu-satunya usaha untuk kami mengelak daripada penganiayaan berunsurkan fitnah keji ialah dengan mengunakan kuasa undi yang dipegang di tangan.

ANDA INGIN TAHU SIAPA BISHOP PAUL TAN ???

KLIK DI SINI

Para penganut Kristian yang lain pula tidak segan silu untuk meninggalkan komen-komen yang lagi keras dan kesat.

Mereka tidak ada kesedaran bahawa penyelesaian yang baik ini hanya dimungkinkan dengan ihsan baginda Sultan serta hati lembut Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang mahu menjaga ketenteraman awam.

No comments:

 
 
Blogger Templates