Social Icons

Pages

Monday, October 17, 2011

KHALID GAGAP BUAT HAL LAGI !!! CUBA PESONGKAN UMAT ISLAM DI SELANGOR !!!


UMNO Selangor membidas tindakan Menteri Besar,Khalid Ibrahim @ Gagap untuk menubuh satu badan pemantau yang kononnya bagi memastikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.Setiausaha Perhubungannya,Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata,penubuhan badan tersebut hanya akan menyekat kebebasan pihak JAIS untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

"Kami lihat tidak ada rasionalnya untuk menubuhkan satu badan pemantau untuk JAIS sebagai agensi penguat kuasa di bawah Enakmen Jenayah Syariah negeri.Ini kerana,semua telah sedia maklum bahawa JAIS telah ditauliahkan dengan Persijilan ISO dan ini telah terbukti bahawa agensi agama itu mampu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor.

Khalid Gagap membuat kenyataan mengenai cadangan penubuhan badan pemantau tersebut sejurus selepas Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tersinggung dengan cubaan sesetengah pihak memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.Menjelaskan mengenai perkara itu,Khalid Gagap berkata,badan pemantau tersebut akan dilantik daripada kalangan pakar undang-undang dan pemimpin agama yang nama mereka akan diumumkan tidak lama lagi.Mengulas lanjut,Mohd. Zin berkata,Khalid Gagap sepatutnya menerima setiap laporan JAIS dan menelitinya bagi menegakkan undang-undang syariah di negeri ini sekali gus menjaga kesucian agama Islam.

"Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sepatutnya menerima setiap laporan JAIS dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin negeri dengan sebaik-sebaiknya.Beliau juga sepatutnya mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu ini dengan baik dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan dengan idea penubuhan badan pemantau seperti ini," tegasnya.

Dalam perkembangan berlainan,Mohd. Zin turut mendesak Khalid Gagap supaya membuat penjelasan mengenai lebihan wang sebanyak RM55 juta yang diberi Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri bagi tujuan perbelanjaan penyelenggaraan infrastruktur pada 2009.Menurut Mohd. Zin, pada 2009 bagi tujuan penyelenggaraan itu,Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM315 juta kepada kerajaan negeri.

KLIK DI SINI

"Bagaimanapun, berdasarkan penelitian kami mendapati, pada tahun itu, sebanyak RM183 juta disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya, RM900,000 kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) manakala RM76 juta lagi diperuntukkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).Ini bermakna peruntukan pada 2009 mempunyai lebihan sebanyak RM55 juta yang kerajaan negeri dakwa disalurkan kepada tabung amanah negeri. Sehubungan itu, kerajaan negeri perlu menjelaskan adakah lebihan wang tersebut telah dibelanjakan dengan baik," jelasnya.

MANA DUIT TU PERGI ???

KAT POKET KHALID GAGAP KER ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

BADAN PEMANTAU JAIS NI PERLU SEBAB ADA BADAN BEBAS MEMERHATIKAN JAIS.

SEBAB SELAMA INI UMNO MEMPERKUDAKAN JAIS UTK KEPENTNGAN POLITIK MRK.

BILA TANYA UMNO ADAKAH UMNO PERKUDAKAN JAIS, MAMPOS DIA TAK NGAKU PUNYA!!!

Anonymous said...

Bodoh betul lah hang ni, ini bukan soal memperkuda atau siapa yg naik kuda, ini masaalah akidah pun nak dipolitikan ke...
Apa yg berlaku baru2 ni pun dibawah pentadbiran PR, Hassan Ali tu dari Pas sendiri, tp saya hormat dgn beliau kerana melaksanakan tanggungjawap kerana agama bukan kerana politik atau undi.
Bodoh lagi sekali kerana politik dan undi Pas,PKR sanggup jual agama dan akidah pd puak kafir...
Memang bangsat melayu islam PR ni..

Unknown said...

JAIS bawah kerajaan negeri. Hassan Ali, Exco Agama PAS sendiri sokong tindakan JAIS.

Sekarang kerajaan negeri sendiri tak percaya dgn JAIS? Maknanya mereka mempertikaikan kemampuan Exco Agama PAS jalankan tanggungjawab.

Sesama sendiri pun dah tak percaya, mcm mana nak tadbir negara?

NURUL IZZAH TIDAK SUKA PENDUDUK PUTRAJAYA MENDUDUKI RUMAH PR1MA? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Pihak JAIS ada bukti lengkap tentang tindakan serbuan.
Macam biasa, jauk PKR akan menyanyikan lagu/zikir wajib mereka, konspirasi UMNO...
Tuduhan yang jelas TANPA bukti nyata ada kaitan dengan parti UMNO.

Kes Rumah Mat Syabu kena baling bom petrol, nama POLIS pulak dituduh tanpa satu pun bukti nyata!!

Juak PKR, kalau nak tuduh, cuba bagi bukti dulu.. Jangan nak berzikir konspirasi UMNO, pencacai UMNO la, weh, apa ni? Bukti takda bang..

theprofessor said...

Pengundi Melayu/Islam di Selangor perlu menolak Pakatan dalam PRU13 nanti. Jika tidak huru hara Selangor nanti.

 
 
Blogger Templates