Social Icons

Pages

Tuesday, November 22, 2011

BIBLE SOLAR !!! DAKWAH BARU DAP UNTUK MURTAD KAN UMAT ISLAM ???


Hasan Ali, Exco Agama Islam Selangor yang menjadi bahan kritikan dan kutukan para penyokong Pakatan Rakyat,mendedahkan tentang cubaan memurtadkan umat Islam dengan menggunakan peranti Bible yang menggunakan kuasa solar.

Sama seperti kes-kes yang sebelum ini,DAP yang kerja mereka setiap hari ialah mencari poin untuk bercakap bagi mendapatkan pengaruh dan undi berbanding menunjukkan teladan menerusi kerja, tutup mulut dan langsung tidak bersuara.

Tony Pua yang banyak mulut, sebaliknya lebih bekerja keras untuk membuktikan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia adalah pembunuh rakyat Malaysia menerusi penjualan barangan yang tidak bermutu tetapi berharga murah. Teresa Kok yang merupakan seorang avengelist tegar bersama-sama Ronnie Liu, Hannah Yeo dan Teng Chang Kim, juga tidak kelihatan di mana-mana.Dengan kata lain,apa yang dituturkan oleh Hasan Ali ada kemungkinan melibatkan pembabitan kuasa-kuasa DAP Selangor seperti nama-nama di atas.


Walaupun Hasan Ali dibidas oleh seorang lagi tokoh agama iaitu bekas Mufti Perlis,Dr. Asri Zainal Abidin kerana merendah-rendahkan mentaliti dan pemikiran umat Islam, namun bekas mufti itu juga sebenarnya bercakap berdasarkan akal dan bukannya bersandarkan kepada isu.

Berdasarkan kepada kes DUMC,pemurtadan dilakukan dengan menggunakan kemiskinan dan duit ringgit. Kalau menurut Asri, kes seperti itu pastinya menghina pemikiran dan keupayaan iman umat Islam.Namun itulah yang berlaku. Pemurtadan dan pemesongan akidah umat Islam tidak dilakukan secara terang-terangan, tetapi juga dilakukan dengan menggunakan budi bahasa, bantuan dan keprihatinan. Malah, pemalsuan surah-surah al Quran juga merupakan salah satu cara untuk memesongkan akidah umat Islam.

Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan umat Islam tentang ancaman daripada kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak akan berpuas hati sehinggalah umat Islam mengikut dan akur dengan kehendak mereka.Itulah yang sedang berlaku di Malaysia. Sekalipun sebagai sebuah negara yang Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama rasmi, toleransi yang diamalkan oleh kerajaan sehingga sekarang, telah menyebabkan golongan berkenaan menjadi angkuh dan sombong sehingga mendesak dan berusaha melakukan tekanan agar hak mereka juga disamaratakan dengan umat Islam.

DAP telah dikesan menjadi tulang belakang kepada usaha pemurtadan umat Islam. DAP juga merupakan dalang yang cuba menjadikan permusuhan antara Kristian dan Islam bersemarak sekaligus mewujudkan ketegangan dan kucar-kacir di dalam negara.Namun sehingga setakat ini, tiada sebarang tindakan keras diambil terhadap gelagat subversif DAP. Sebaliknya kerajaan berterusan bertoleransi. Mana-mana pemimpin yang membangkitkan tentang usaha DAP yang tidak kenal penat lelah untuk memurtadkan umat Islam dan mengucar-ngacirkan negara, biasanya akan dibela oleh golongan Melayu-Islam sendiri.Sampai bila sebenarnya perkara seperti ini akan dihentikan? Sampai bilakah kerajaan baru akan bertindak terhadap sebarang usaha perlanggaran Perlembagaan Persekutuan?

Dari sehari ke sehari, DAP menerusi pimpinan politik mereka seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang, Hannah Yeo dan sebagainya begitu berani dan lancang mencabar kesabaran umat Islam.Umat Islam di negara ini dan Selangor, khususnya mempunyai had kesabaran yang tertentu. Isu JAIS-DUMC sudah jelas menunjukkan bagaimana DAP menjadi dalang di sebalik kecaman terhadap Hasan Ali, JAIS dan DYMM Sultan Selangor tanpa segan silu.

Pendedahan yang dibuat oleh Hasan Ali sebenarnya menunjukkan keberanian tahap melampau DAP yang masih tidak dihiraukan oleh pihak berkuasa selain tiada tindakan yang khusus untuk membendung usaha-usaha murtad, sememangnya wajar dipandang serius oleh rakyat Malaysia dan Selangor,khususnya.

Sumber Sel13.com

No comments:

 
 
Blogger Templates