YB Datuk Zulkifli Noordin mendakwa bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang bekas-bekas aktivis PKR daripada terus membongkarkan kebenaran.
“Begitu terdesaknya Anwar Ibrahim sehingga terpaksa menggunakan khidmat “anjing-anjing pencen” untuk menyerang para pejuang kebenaran dan anti-kebatilan termasuk saya, YB Senator Ezam Mohd. Nor dan lain-lain.Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut. Sebaliknya saya ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu (adalah) satu pembohongan” katanya dalam tulisan terbaru di blognya,
KLIK DI SINI
Menurutnya,dakwaan Syed Husin yang dipetik oleh portal pro Anwar,Meloyakini berdasarkan buku,“Memoir Perjuangan Politik”,tulisan bekas Timbalan Presiden PKR itu yang menuduhnya meminta RM60,000.00 sebagai pertukaran untuk mengosongkan kerusi Parlimen adalah tidak benar.
“Sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan saya mewakili Anwar Ibrahim untuk menawarkan (kepada) saya supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika saya bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada saya di dalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000.00 sehingga RM60,000.00 sebulan!”, tegasnya.
Katanya,Syed Husin juga turut meyakinkannya bahawa Anwar akan mengotakan janjinya itu kerana beliau juga mendapat janji yang sama supaya mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR untuk diberikan kepada Azmin Ali.
“Syed Husin memberitahu saya kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator.Syed Husin kata dia juga teringin nak menjadi Yang Berhormat tetapi bila bertanding asyik kalah, malah nak dicalonkan bertanding di Parlimen Kota Bharu pun ditolak kerana dilabel sebagai ‘anak kominis’ oleh kepimpinan PAS pada masa itu. (Maka) jadi Senator adalah jalan mudah untuk dia menjadi Yang Berhormat melalui “pintu belakang!”, katanya.
Menurutnya,beliau telah memberitahu Syed Husin yang juga bekas Presiden PRM tentang kesediannya mengosongkan kerusi Parlimennya, dan dalam masa sama turut menolak tawaran Anwar tersebut.
“Saya memberitahu Syed Husin bahawa walaupun saya memang bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru, saya bertegas menolak tawaran jawatan CEO GLC Selangor tersebut kerana perjuangan saya bukan untuk imbuhan.Kalau itu yang saya cari, lebih baik saya menjalankan khidmat sebagai seorang peguam.Malahan saya menegaskan kepada Syed Husin, selama lebih 10 tahun saya menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, saya tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan khidmat guaman saya. Semuanya percuma dan pro-bono”, katanya.
Katanya,beliau tidak ada masalah dengan petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional, Datuk Aziz Sheikh Fadzir kerana beliau telah bersedia dengan hujah pembelaan yang mantap.Sebaliknya, dalam proses pembelaan itu, beliau telah disabotaj oleh Anwar dan beberapa kepimpinan pakatan pembangkang.Namun,katanya,sabotaj itu tidak berjaya dan beliau masih mengekalkan kerusi Parlimen tersebut.

2 comments:
RM 60K jer? murahnya tu zul!
lembu sharizat lagi mahal dr harga diri engko!!!
aku heran la..nape lah UMNO tak bagi borang kat zul lembu kulim ni jd ahli umno? patut umno bagi la jd ahli sebab hari2 zul lembu kulim jilat ummno!!!
tak patut..tal patut umno...
kesian ko zul..lps pru 13, umno sembelih lah ko mcm lembu sharizat...
MOHON LINK TUAN,
http://muhammadfaizmahayudin.blogspot.com/
Post a Comment