Social Icons

Pages

Wednesday, November 23, 2011

EKSKLUSIF !!! SENATOR EZAM MEMBONGKAR KISAH ANWAR IBRAHIM !!!


Isteri Senator Dr Syed Husin Ali sendiri tidak mempercayai Anwar Ibrahim dan bimbang jika suaminya terus menerus berdamping kerana mengikut firasat intuasinya,Ketua Umum PKR adalah seperti ‘haiwan poitik’,begitulah pengakuan jujur yang terbit dari mulut bekas Timbalan Presiden PKR kepada Senator Ezam Mohd Nor.Pengakuan Syed Husin dibuat ketika mereka berbual sambil minum teh bersama di sebuah kedai India di Petaling Jaya.Ketika itu,Syed Husin adalah Timbalan Presiden PKR dan Ezam masih lagi berjawatan Timbalan Pengerusi PKR Selangor.

“Saya hairan mengapa Syed Husin sanggup putar belit konteks sebenar. Apakah beliau (yang dulunya) seorang pejuang (tetapi kini) sudah berubah menjadi Anwar (sebagai) seorang ‘haiwan politik’ seperti yang dipercayai oleh isterinya”, kata Ezam kepada AIDCNews.

Beliau sendiri mengaku isterinya ada sixth sense (deria keenam) untuk kenal orang dan (pernah meluahkan rasa) tidak selesa (apabila) beliau bersama Anwar.

“Mungkin tulisan Dr Syed (dalam bukunya) ini bukti telahan (firasat) isterinya (adalah) betul.Dr Syed sudah berubah kerana bersama Anwar”, katanya.


Ezam diminta mengulas tentang buku Dr Syed Husin Ali, “Memoir Perjuangan Politik” yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim minggu lalu.Syed Husin dalam bukunya mendakwa Ezam pernah meluahkan kepadanya sebulan sebelum beliau meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi PKR Selangor bahawa beliau kesempitan wang.Syed Husin dalam rumusannya mendakwa faktor kesempitan kewangan itu adalah faktor utama bekas Ketua AMK PKR itu keluar PKR.

Ezam ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut,sebaliknya mendakwa faktor kewangan dan kesusahan yang diceritakan kepada bekas Timbalan Presiden PKR itu di luar daripada konteks sebenar perbualan mereka.

“Faktor sebenar saya keluar PKR adalah faktor Anwar Ibrahim”, tegasnya.

Katanya, konteks susahnya ketika itu adalah kesukaran menguruskan agenda memerangi rasuah dalam sebuah syarikat yang dinamakan GERAK, sebuah syarikat bukan keuntungan yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar (ROC).



“Fakta di ROC boleh dirujuk untuk cari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gergasi mana yang telah melantik saya sebagai pengarah.Jawabnya tidak ada. Yang ada hanya ada satu syarikat kecil iaitu syarikat Gerak Agenda Sdn Bhd, iaitu bukan syarikat berasaskan keuntungan sebaliknya sebuah syarikat yang dibuat untuk berjuang melawan rasuah.Saya sebagai ketua ‘syarikat’ yang dikenali sebagai GERAK itu telah menentang Ketua BPR ketika itu sehingga dia terpaksa lepaskan jawatan.Bagaimana orang yang dikatakan keluar parti untuk dapat wang atau jawatan pengarah syarikat besar boleh membuat serangan kepada kerajaan yang memerintah khususnya Ketua BPR ???”, soalnya.

Sekaligus, Ezam menolak dakwaan Syed Husin bahawa beliau keluar PKR untuk merebut wang dan pangkat.

Kenyataan di atas membuktikan selepas Ezam meletak jawatan Ketua AMK PKR dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor,beliau tidak terus menyertai UMNO,sebaliknya beliau aktif dalam GERAK hampir dua tahun.Hanya pada Mei 2008, ketika pakatan memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ke-12, Ezam menyertai UMNO.Ezam boleh pilih untuk aktif semula PKR, jika beliau mahu dan mungkin dilantik senator melalui pakatan,apatah lagi, PKR telah pun menguasai Selangor.Namun beliau memilih sebaliknya.

Menurutnya,kisah yang ditulis Syed Husin dalam bukunya itu dibuat secara selektif, memilih kisah yang kecil, kemudian diputar belit dan dalam masa sama membuang konteks utama perbualan sebenar.


“Saya memang hormat Dr Syed sebagai seorang tua dan pejuang kerana (sebab) itu saya banyak juga menghabiskan masa bersamanya minum teh di kedai India di Petaling Jaya itu dan melayan kekecewaannya disisih oleh Anwar dan Azmin walaupun (ketika itu), beliau adalah Timbalan Presiden PKR.Sebagai seorang pejuang faham kiri, beliau sering menyatakan kekecewaan dengan cara hidup Anwar dan Azmin yang mewah dengan cara hidup saya yang berbeza kerana ketika itu saya katakan kepadanya bahawa saya memang susah selama berjuang bergantung gaji tetap isteri dan usahaniaga di Indonesia yang pada masa itu kebetulan sedang merosot dan ditutup.Justeru cerita saya susah padanya dalam konteks itu bukan dalam konteks keluar parti” katanya.

Menurut Ezam lagi, dalam perbualan itu, Syed Husin turut mendedahkan maklumat penting tentang Azmin Ali yang tidak dimasukkan dalam bukunya itu.

“Elok juga saya ingatkan Dr Syed.. beliau sebut pada saya, beliau dapat tahu bahawa Azmin ada simpanan 10 juta di Singapura dan minta saya pastikan.Saya tidak dapat pastikan (kebenarannya) tapi saya kata saya tidak terkejut”, katanya.

Katanya lagi mereka bersepakat ketika itu tidak terkejut dengan info pemilikan aset Azmin di Singapura itu kerana gaya hidup mewahnya.

“Kami berdua bersetuju pada masa itu bahawa kami tidak terkejut dengan info itu kerana gaya mewah Azmin, malah itulah juga asas Dr Syed gunakan untuk pujuk saya jangan keluar parti dan jangan biarkan Azmin kuasai parti.Malah beliau pernah sebut kepada saya, beliau tidak rela seorang seperti Azmin menggantikannya dan meminta saya lawannya.Sebab itulah kenyataan saya kepada Syed Husin pada 13 Mei.. saya tegaskan bahawa ianya bukan kerana Azmin tetapi kerana Anwar.Itulah konteks sebenar perbualan saya dengan Syed Husin”, katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Sebagai upah Ezam kuar UMNO ialah dia dijadikan Senator, dapatlah dia makan gaji, elaun dan lain2 kemudahan..

duit yg dicari, maruah digadai..sapa nak percaya. org dah dapat semuanya, sapa nak ngaku berak tengah jln?

ezam...sudah terjumpakah kotak2 itu? atau sudah tidak mau bicara lagi pasal kotak kerana sudah menjadi tauke besar kotak yg kaya kini?

kini khabarnya mula berani melebar sayap utk memimpin umno selangor dgn Khir Toyo mangsa libasan pertamanya?

sama2 kita tunggu kemana dan apa akhirnya nasib ezam ni....

AntaraPos said...

Mustahilkah DAP Jadi Tauke Pakatan Rakyat Pasca PRU 13? | http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=997&type=%27news' | http://www.antarapos.com/

 
 
Blogger Templates