Social Icons

Pages

Wednesday, November 23, 2011

KELANTAN DARUL MAKSIAT ????


Menurut blog Kickdefella - Agent Johnson baru-baru ini selesai dengan misinya menjelajah disko-dut yang terletak di Kelantan sebuah negeri yang dikenali dengan nama 'Serambi Mekah'.


Dari blog Kickdefella :

Siapa kata di Kota Bharu Bandar Raya Islam tiada disko? Siapa kata Kerajaan PAS Kelantan berjaya menyelamatkan adik-adik kita dari terbiak di dalam budaya kuning? Agen Johnson tak kata.

Baru-baru ini Agen Johnson baru selesai operasi Disko-Dut di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Agen Johnson meredah 3 pusat hiburan, dua darinya menghidangkan minuman keras dan satu darinya beroperasi sehingga subuh.

Semuanya di Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Semuanya dirakamkan dengan bukti,tarikh dan waktunya sekali.

Bagaimanapun bagi tujuan keselamatan,tarikh ini hanya akan diberikan kepada pihak berkuasa di atas permintaan rasmi.

Kita tahu Kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan lesen menjual arak atas alasan arak tidak diharamkan oleh agama lain sebagaimana judi? Tetapi bagaimana dengan lesen atau permit operasi pusat hiburan sehingga lewat malam?

Adakah dikeluarkan oleh MPKB Bandar Raya Islam dan lain-lain PBT. Adakah agama lain membenarkan berpoya-poya sehingga lewat malam? Atau alasannya sebab di Mekah pun ada juga tempat berpoya-poya sampai lewat malam?

Nantikan siaran penuh video tersebut yang menunjukkan apa sebenarnya yang terjadi di Bandar Raya Islam sewaktu pemimpin-pemimpin PAS sedang sibuk berceramah mahu mengambil alih negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional atas dasar mahu membersihkan segala maksiat dan budaya tidak sihat.

Sabar menanti..

7 comments:

Anonymous said...

nak kata KB tak de maksiat..mustahil lah bro..apa kono ekau ni? maksiat berlaku di mana2, asal saja maknusia masih bernafsu..engko pun ada nafsu gak kan?

di kota suci al-Haram Makkah pun ada berlaku perbuatan dosa..seperti mencuri, menipu dll...

so apa mslhnya? tak de isu pun!

Anonymous said...

masalahnya pemimipin dia dok kata negeri dia terbaik..tak dak maksiat macm negeri yang diperintah oleh BN..la ni sapa perintah pun sama...masing-masing nak kuasa...masyuuuuuuuukkkkkkkk beb...

Anonymous said...

depan kaabah pun masih ada yg ambil kesempatan meraba pompuan.. kelantan xkata negeri dia terbaik,zero maksiat n arak,tp kalau nk kira memang paling kurang,yg ada pn kes2 terpencil yg xdpt dihidu phk berkuasa melainkan ada org report.. apedaa..

Azlan Strider said...
This comment has been removed by the author.
Azlan Strider said...
This comment has been removed by the author.
Azlan Strider said...

aduh..nak post kat blog lain bleh plak dia redirect ke blog nie..haha...

Anonymous said...

Masa aku bekerja di KB dulu, ramai rakyat Kelantan menyeberang ke seberang untuk berhibur sambil melakukan maksiat tak kira waktu. Aku tak hairan ada puak yg dah berani hidupkan tempat2 maksiat sebegitu kat `bandar Islam' ni pulak sebab tiada pemantauan yg cekap oleh pihak berkuasa. Kakitangan yang berwajib sibuk untuk hadir ke ceramah2 yg dianjurkan oleh pihak pemerintah PAS lantas gagal menjalankan tugas rutin mereka. Maka keujudan disko dan kelab2 malam di KB adalah menifestasi kegagalan pemerintah kerajaan PAS di Kelantan. Dah terdeah macam ni masih salahkan orang lain?

 
 
Blogger Templates