Social Icons

Pages

Thursday, November 24, 2011

HANNAH YEOH TUNJUK BELANG !!! SURAU DI SELANGOR NAK DI ROBOH KAN ???


Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan dengan penguasaan kuku besi DAP, segala-galanya adalah mungkin.Pada tahun 1997,PBT telah memberikan kelulusan untuk pembinaan di perumahan kos rendah Indah Court PJS 11/2a. Dan sehingga penghujung Barisan Nasional mentadbir negeri Selangor, surau tersebut tidak diganggu dan para penggunanya boleh menggunakan surau tersebut untuk aktiviti-aktiviti sosial mereka tanpa pernah membayangkan bahawa suatu hari nanti, surau yang dibina hasil gotong-royong dan kutipan derma penduduk setempat akan dirobohkan dengan campurtangan seorang ADUN DAP yang mereka pilih sendiri.

Itulah yang berlaku apabila surau tersebut bakal dirobohkan dan tapak surau itu akan digantikan dengan sebuah tempat letak kereta bertingkat.Surau ganti akan diletakkan di tingkat empat bangunan parking bertingkat itu.

Perkembangan ini agak menarik.Dalam sebarang situasi yang hampir serupa, terlalu jarang kita dengar bagaimana tokong dan kuil dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan pangsapuri. Sebaliknya nasib yang menimpa masjid dan surau,amat berbeza.



Masjid, surau dan madrasah kerapkali berada di laluan pembangunan. Apa-apa sahaja pembangunan, pastinya surau, masjid dan madrasah berada di atas laluan tersebut. Seolah-olah masjid, surau dan madrasah telah dibangunkan di atas laluan pembangunan semenjak azali.

Nasib surau yang dibangunkan oleh penduduk secara bergotong-royong dan hasil kutipan derma berjumlah RM93,000 pada tahun 1997 juga tidak jauh berbeza. Cuma bezanya, pada zaman UMNO dan Barisan Nasional mentadbir Selangor, surau itu terselamat. Namun apabila Pakatan mengambilalih pentadbiran Selangor, surau itu tidak lagi bernasib baik. Ia bakal dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan pangsapuri yang lebih mendatangkan keuntungan kepada pemaju yang sudah tentu mempunyai kabel yang cukup kuat dengan Kerajaan Negeri.

Berdasarkan kepada beberapa kes yang serupa, sebarang tindakan dan desakan tidak akan berjaya. Memorandum boleh dihantar dan rombongan boleh dihantar menghadap DYMM Sultan Selangor, tetapi keputusan telah dibuat iaitu surau itu perlu dirobohkan.

Cuma yang sangat menarik dalam kes ini, terdapat pembabitan aktif Hannah Yeoh yang sebelum ini cuba membangkitkan isu ANAK MALAYSIA memandangkan dia berkahwin campur dengan seorang lelaki India untuk menghasilkan seorang anak yang menurutnya, tidak mengetahui apa bangsa anaknya, walaupun akhirnya diputuskan bahawa anaknya berbangsa Cina, bukan berbangsa India seperti suaminya.



Persoalan yang timbul ialah, mengapa pemaju dan MPSJ beria-ia hendak merobohkan surau berkenaan walaupun alasannya adalah untuk menaikkan taraf kawasan perumahan terbabit? Apakah kiranya di tapak surau tersebut adalah sebuah tokong atau kuil, pihak pemaju akan merobohkannya secara sewenang-wenang seperti sekarang manakala Majlis Perbandaran Subang Jaya yang Ahli Majlisnya terdiri daripada ahli-ahli parti komponen Pakatan dan NGO, akan menentang dengan keras?

Dan sekiranya di tapak surau tersebut adalah sebuah gereja Khatolik, adakah Hannah Yeoh akan sanggup turun padang dengan keadaan terpaksa seperti sekarang? Atau sebaliknya menyatakan bantahan terus tanpa merujuk kepada penduduk, sebaliknya penduduk dijadikan sebagai alasan untuk membuat bantahan?

Secara nyata, di Selangor, surau, masjid dan madrasah semakin terancam dan kewujudan institusi Islam itu sebenarnya menjolok mata dan menyakitkan hati para pemimpin Pakatan Rakyat yang dipilih oleh majoriti pengundi di Selangor.

Sumber sel13.com

8 comments:

usin said...

misi seterusnya setelah diangkat menjadi wakil rakyat ialah JAHANAMKAN semua yg berkaitan dgn Islam dan melayu. ini perjuangan demi kelangsungan hidup kaum pendatang sptnya. kalau tak jahanamkan melayu dan Islam, nasib kaumnya akan sentiasa terancam. LOL

Anonymous said...

INILAH NASIB DAN HAKIKATNYA JIKA MELAYU TIDAK BERSATU.....INI BARU PERMULAAN DAN KITA AKAN LIHAT TAK LAMA LAGI MESJID SHAH ALAM PULAK AKAN DIROBOHLAN NANTI...TUNGGULAH DAN LIHAT SIAPA YANG MEMBELA MEREKA...ORANG-ORANG MELAYU JUGA

Hang buah said...

Orang orang melayu yang mengundi DAP sama sama bertanggung jawab merobohkan islam sekarang dah puas hati atau dah sedar!!

Anonymous said...

Kenapa tak robohkan tokong atau gereja? Tepuk dada tanya selera...

praha2 said...

eden dah tinggal disubang jaya lobih 20 tahun tak seoran pun muka dun baik dari bn mau pun dari pr. dulu bn (mca) bilo nak pru baru nampak wakilnyo jo datang momobori peringatan lah undi dio. la ni pr (dapigs) sampah pun tak do. jadi mano umno? ketua bahagian pun tak nampak muko apo tah lagi ketua cawangan. nampak nyo oran melayu disubang jaya di anak tiri kan jo. tau alh eden nanti pru 13 rumah eden ado limo undi. kalo tak ado calon melayu amko undi rosak lah atau tak mengundi langsung.

Anonymous said...

PRU 13 PJS mesti letak calon Melayu(BN) yang first class dalam semua aspek bagi membela nasib semua kaum.Tidak kah semua pengundiPJS rindukan era kegemilangan BN di zaman perintahan Tun M?
BERSATU lah wahai rakyat PJS!
UNDI BN!

Johan Marco said...

hah undi lagi DAPig

Anonymous said...

melayu dah lemah dan hilang semangat kepahlawanan mereka... kita mesti bangun dan berjuang untuk mempertahankan agama dan bangsa kita... kita mesti bantah dengan kekerasan dan ajar kapir nih...

 
 
Blogger Templates