Produk utama bagi Projek Pemprosesan Salad dan Jus Buah-Buahan Tropika (produk salad dan jus buah-buahan) adalah buah-buahan segar yang telah dibersih dan dipotong dalam bentuk kecil yang sedia dimakan dan jus yang dihasilkan daripada buahan-buahan segar.Projek ini dijalankan secara usaha sama dengan sebuah syarikat usahasama yang berpengkalan di Dubai, UAE. Projek ini juga dikatakan bakal memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh 5 tahun pertama beroperasi dengan menjana keuntungan terkumpul berjumlah RM68.89 juta.
Bagaimanapun, berdasarkan semakan, keuntungan sebenar projek salad dan jus buah-buahan adalah SANGAT TIDAK MEMUASKAN kerana mengalami kerugian semenjak mula beroperasi pada tahun 2008 dan 2009 berjumlah RM5.46 juta berbanding dijangka memperolehi keuntungan berjumlah RM20.89 juta.Premium Sanitised Products Sdn. Bhd (PSPSB), syarikat subsidiari PAISB yang menguruskan projek produk salad dan jus buah-buahan telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010 iaitu setelah beroperasi selama 2 tahun.
Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik Dan Makanan Ternakan (baja organik) dicadangkan berasaskan kepada proses pengitaran dan pemprosesan semula bahan buangan kilang salad buah-buahan serta sampah organik pasar borong.Walaupun pengeluaran baja organik berstatus penyelidikan dan pembangunan tetapi ia dilaksanakan secara komersial dan pulangan atas pelaburan dijangka dapat diperolehi pada tahun keenam beroperasi.
Bagaimanapun, prestasi projek baja organik SANGAT TIDAK MEMUASKAN kerana gagal mencapai sasaran keuntungan yang ditetapkan pada tahun 2008 dan 2009 berjumlah RM1.55 juta. Premium Agro Products Sdn. Bhd. (PAPSB) syarikat subsidiari PAISB yang menguruskan projek baja organik mengalami kerugian pada tahun 2008 dan 2009 berjumlah RM0.76 juta dan juga telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010.Berdasarkan kertas cadangan Projek Pemprosesan Salad dan Jus Buah-Buahan Tropika dan surat perjanjian pinjaman Kementerian Kewangan, bekalan buah-buahan akan diperolehi dari ladang PKPS, Selangor Fruit Valley dan dengan mewujudkan program petanik kontrak yang melibatkan tanah pertanian seluas 8,500 ekar.
ANDA NAK TAHU SELEBIHNYA ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA

No comments:
Post a Comment