Social Icons

Pages

Saturday, November 19, 2011

MAYAT BAYI DI TEMUI DALAM LONGKANG !!!


Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di dalam longkang di Jalan Kolam Ikan,Bayan Lepas,Pulau Pinang.Mayat bayi itu dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan terapung dan dihurungi lalat kira-kira pukul 1 petang kelmarin.Difahamkan, mayat bayi yang masih bertali pusat itu dibuang sejak tiga hari lalu.Dipercayai mayat tersebut dihanyutkan arus sungai sehingga masuk ke dalam longkang.Mayat dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Utusan Melaporkan,Ketua Polis Daerah Barat Daya,Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zain ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi tersebut.Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

APA SALAH BAYI TU ???

INI LAH SIFAT MANUSIA !!!

APA SALAH NYA BAGI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KALAU TAK NAK JAGA !!!

ADAKAH DALAM PERKARA INI NAK SALAH KAN KELUARGA ATAU SEBALIKNYA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates