Social Icons

Pages

Monday, November 07, 2011

PAKATAN HARAM NAK TAWARKAN IPF UTK PRU 13 ???


Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) mendedahkan,Pakatan Haram cuba memancing mereka untuk menyertai pakatan itu dengan menawarkan pelbagai jawatan kepada pucuk pimpinan parti.Presidennya, M. Sambanthan berkata,sejak beberapa bulan lalu,Pakatan Haram menawarkan tempat untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

"Ingin saya tegaskan bahawa kami bukanlah parti yang mengejar jawatan dan mudah dipergunakan untuk kepentingan politik.IPF bukanlah gila jawatan. Lihat contoh yang ditunjukkan oleh bekas Presiden, Tan Sri M.G. Pandithan yang berjuang selama 18 tahun, baru mendapat jawatan Senator," katanya pada Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Deepavali di Wisma IPF.

Turut hadir,Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Yusoff Hanif,Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI),Datuk K.K. Eswaran,Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP),Datuk S. Nallakaruppan dan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Serdang,Datuk Yap Pion Hon.

Utusan Melaporkan Kata Sambanthan, sebagai 'anak didik,Pandithan,mereka akan meneruskan prinsip perjuangan parti itu tanpa mengharapkan sebarang jawatan kerana ingin membela nasib kaum India walaupun mengakui perjuangan tersebut penuh berliku.

"Kami sentiasa diuji. Apa yang menyedihkan, ada pihak tertentu yang menyamar sebagai wakil IPF untuk mendapat peruntukan yang diberikan oleh BN Serdang kepada kami. Namun semua cabaran itu menguatkan lagi semangat ahli IPF," katanya.

DAH START PAKATAN HARAM INI MAIN KAUM INDIA !!!

NAMPAKNYA MEREKA TERDESAK UNTUK MERAIH UNDI PRU 13 !!!

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

puak2 tu dah terdesak sgt...abes semua org nak dijadikan 'batu loncatan' utk merealisasikan niat jahat & kotor mereka..

Muhibah said...

Syabas ! berjuang bukan kerana nama dan pangkat.

Pengorbanan untuk kaum India perlu diteruskan. Kesetian IPF akan menjadi contoh perjuangan yang di ingati oleh negara.

Sampai masa IPF akan berada dalam arus kepimpinan Negara.

 
 
Blogger Templates