Social Icons

Pages

Saturday, November 12, 2011

VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM !!! POLIS BELUM MENYIASAT ANWAR DAH MELOMPAT !!!


Pihak polis belum pun lagi memulakan siasatan ke atas skandal video seks bersama pelacur yang dikaitkan dengannya,namun seolah-olah seluruh jentera PKR telah dikerahkan untuk menyelamatkan imej Anwar Ibrahim.Dalam sidang media dua orang kuat PKR pagi semalam, Sivarasa Rasiah dan N. Surendran,mereka seperti diarahkan untuk ‘memalu gendang’ supaya siasatan kes itu dihentikan serta merta.Asalnya kes peribadi yang dikatakan membabitkan Anwar dengan pelacur di sebuah apartment di Ampang pada 21 Februari 2011,namun kini, seluruh jentera PKR terpaksa memikul liabiliti Ketua Umum parti mereka.

Kes bermula apabila beberapa individu menggelarkan diri mereka ‘Datuk T’ melakukan tayangan video yang diklasifikasi sebagai skandal video seks pemimpin politik pembangkang di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara,Kuala Lumpur, antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac 2011.Walaupun Datuk T tidak menamakan sesiapa pelaku seks dalam video itu,namun Anwar pada sebelah petang 21 Mac dengan segera mengadakan sidang media tergempar di ibu pejabat PKR menafikan dirinya sebagai pelaku seks tersebut.Penafian Anwar itu tidak dapat menyelesaikan isu tersebut daripada diperkatakan, malah semakin menimbulkan tanda tanya.

Keesokan harinya,22 Mac,Anwar terus bertindak pantas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang menyifatkan, perbuatan “Datuk T” menayangkan rakaman video berkenaan sebagai intimidasi jenayah atau jenayah ugutan di samping percubaan memfitnah dirinya dan keluarganya.Laporan polis Anwar juga semakin menimbulkan tanda tanya kerana beliau menumpukan kepada persoalan tayangan dan bukannya persolan pelaku video tersebut.YB Datuk Zulkifli Noordin berkata tindakan Anwar melatah dan membuat laporan polis sebagai satu kesilapan besar yang bakal memakan dirinya sendiri.


Pada 23 Mac 2011, jam 4 petang, dua individu,iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengadakan sidang media di Hotel Impiana KLCC mengaku diri mereka sebagai Datuk T dan seorang lagi Datuk T yang tidak hadir dalam sidang media petang itu adalah Datuk Shuib Lazim.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam sidang media itu mengaku bertanggungjawab melakukan tayangan di Hotel Carcosa Seri Negara dan turut mengaku bersama-sama Anwar pada 21 Februari 2011 seperti yang dirakam dalam rakaman video tersebut.Datuk Shazryl Eskay Abdullah Juga mencabar Anwar melakukan sumpah muhabalah untuk membuktikan beliau berada di pihak benar.

Meskipun didesak oleh ramai pihak,namun Anwar menolak untuk bersumpah,sebaliknya,Datuk Shazryl Eskay Abdullah dengan ditemani Tan Sri Rahim dan Datuk Shuib melakukan sumpah di Masjid Amru Al-As,Bandar Baru Sentul pada 29 April 2011.

"Wallahi,Wabillahi,Watallahi,aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011.Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut.Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku”, lafaz Datuk Shazryl Eskay Abdullah.


Pada 24 Jun, Eskay,Rahim dan Shuib mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menayangkan klip video yang diklasifikasikan bahan lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.Datuk Shazryl Eskay Abdullah didenda RM3,000,Shuib didenda RM1,500, manakala Rahim didenda RM1,000.Selain penayangnya telah menerima hukuman, namun dalam mahkamah majistret itu turut terdedah identiti sebenar pelaku seks bersama pelacur itu iaitu Anwar Ibrahim.Memandangkan penayang video telah dikenakan denda, maka orang ramai mula menggesa agar pelaku video tersebut juga turut dikenakan tindakan kerana membuat laporan polis palsu.

tindakan dua peguam Anwar mengadakan sidang media untuk menggesa pihak polis menghentikan siasatan mereka seolah-olah mereka menolak prinsip keadilan.Sivarasa ahli biro politik PKR dan juga seorang peguam hak asasi berkata siasatan ke atas Anwar akan dilakukan pada Rabu ini,jam 3 petang di balai polis Kepong.Katanya pihak polis telah menyiasat Anwar di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang bermaksud memberi maklumat palsu, dengan niat supaya penjawat awam menggunakan kuasa yang sah di sisi undang-undang untuk kecederaan kepada pihak lain.

“Ini adalahan satu konpirasi terancang Umno dalam usaha mematikan karier Anwar selain mengalihkan isu terbesar mereka dalam skandal rasuah serta penyelewengan duit rakyat,” katanya


Seorang lagi peguam Anwar,N Surendran yang juga Naib Presiden PKR mengunakan sidang media hari ini untuk menyerang pihak polis dan pejabat peguam negara yang didakwanya ‘berkonspirasi’ untuk memenjarakan Anwar.

“Naib Presidennya, N. Surendran berkata, siasatan tersebut merupakan satu lagi konspirasi terancang yang turut melibatkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail omar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.Semua siasatan dan pendakwaan ini adalah konspirasi yang sengaja dirancang lebih awal dengan tujuan akhir untuk memenjarakan Anwar.Konspirasi ini turut memperalat institusi kerajaan termasuk Polis dan Jabatan Peguam Negara,” katanya seperti dilaporkan Keadilandaily.

Oleh itu,kedua-dua aktivis PKR itu menggesa pihak kerajaan,Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dengan serta-merta menggugurkan penyiasatan tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

Aku dah muak dah ngan teori konspirasi. Benda yang lapuk dan basi. Diulang tayang berpuluh-puluh kali.

rohdijasad said...

TAKUUUTTTTTTTTTTTT................. Berani buat berani tanggung... manyak selap talak sombong

Anonymous said...

Siapa lelaki dalam video tu.... nampak macam bukan warga Malaysia...... noli_mad@yahoo.com

 
 
Blogger Templates