Social Icons

Pages

Saturday, November 12, 2011

VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM !!! ANWAR MENGAMUK KERANA DI SIASAT POLIS !!!


Anwar Ibrahim dipercayai berang dengan tindakan pihak polis menyiasat dirinya berkenaan satu laporan yang pernah dibuatnya tentang skandal klip video seks dengan seorang pelacur wanita.Dua orang kuat PKR yang juga merangkap peguam Anwar,Sivarasa Rasiah dan N. Surendran telah mengadakan sidang media jam 11.30 Pagi Semalam di ibu Pejabat KEADILAN untuk menjelaskan kepada umum berkaitan isu tersebut.

“Polis telah membuka kertas siasatan jenayah baru terhadap Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatan dalam video seks video”, lapor FMT

FMT Melaporkan Sivarasa yang juga ahli biro politik PKR berkata,Anwar telah menerima panggilan dari ASP Teh Boon Ang beberapa hari lalu untuk meminta beliau memberikan kenyataan Rabu depan pada pukul 3 petang di balai polis Kepong berkenaan isu kenyataan palsu video seks tersebut.

“Dia (Teh) berkata, Anwar sedang disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan (bermaksud : (memberi) maklumat palsu,dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasa yang sah di sisi undang-undang untuk kecederaan orang lain).Laporan ke atas Anwar telah dibuat oleh DSP S Shanmuga Moorthy, pegawai yang merakamkan kenyataan Anwar berhubung video seks pada bulan April lalu,” kata Sivarasa dalam sidang media.


Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 182,hukumannya adalah penjara enam bulan atau denda sebanyak RM2, 000.Sivarasa berkata laporan itu dibuat terhadap Anwar pada 8 September,kira-kira dua bulan lalu,namun katanya,baru sekarang pihak polis mula bertindak.

N Surendran,Naib Presiden PKR pula berkata bahawa beliau ‘terganggu dan terkejut’ dengan satu perkara yang disifatkan sebagai ‘percubaan baru yang terdesak’ untuk mendakwa dan memenjarakan Anwar.Beliau menuduh pihak polis dan Jabatan Peguam Negara ‘berkomplot’ dalam satu perancangan yang disifatkannya sebagai konspirasi terbaru terhadap Anwar.Dakwanya,berikutan ‘percubaan gagal’ yang dilakukan sebelum ini untuk menutup mulut Anwar sejak dari 1998 hingga 2008, berkaitan ‘pemalsuan bukti’, menyebabkan beliau hilang keyakinan kepada Pejabat Peguam Negara.

4 comments:

Anonymous said...

abis jika lapuran polis dibuat oleh umat lain jika polis tak siasat melalak kau org kata polis tak adil.. maukan adil so polis kena siasat la..sebab kau yg buat repot polis mengatakan video tu buakn kau.. ...nak spin apa lagi kau juburi

Anonymous said...

Buat suruhanjaya ajje,dulu kan mereka ni suka desak adakan suruhanjaya jika yang terlibat puak musuh mereka.Bila kena puak mereka yang ulama tiba-tiba jadi ulama bisu dan buta,yang peguam kafir mula cari alasan amanda untuk menolak.Semua puak ni jadi babi tiba-tiba.

Anonymous said...

lambat...patutnya masa heboh siasatlah...tunggu..tunggu!!! apa ke jadah takut sangat ke nuar ? ni bukan kecil punya hal....

Anonymous said...

Nak bukak kertas siasatan bkn kerja mudah..tambah bila melibatkan video..saksi dari US tu cuma satu je pre requiste...ada byk lg sudut lain perlu diambilkira..jgn pulak sebb nak cepat kalah dlm pendakwaan...polis jugak yg malu...

-tenno-

 
 
Blogger Templates