Social Icons

Pages

Saturday, November 12, 2011

SAH !!! KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERBOHONG PADA RAKYAT !!!



Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) menyifatkan Kerajaan Selangor hanya tahu menyalahkan pihak lain sebagai taktik menutup kelemahan mereka dalam pentadbiran negeri Semalam.Menurutnya,taktik tersebut dilihat sering menjadi pilihan kerajaan negeri bagi mengelakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional termasuklah rakyat mempertikaikan janji-janji pilihan raya umum lalu yang masih gagal dilaksanakan kerajaan negeri sehingga hari ini.

"Kalau pakatan rakyat menuding jari kepada kami,empat jari akan kembali menuding kepada kamu semula.Hampir 3 tahun 7 bulan tapi janji tidak ditunaikan dan nanti nak pilihan raya akan berjanji lagi.Mana janji kerajaan negeri untuk memberi bantuan untuk suri rumah, mereka yang dapat masuk universiti, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak,tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

"Banyak lagi kalau hendak saya sebutkan janji palsu pakatan rakyat ini yang tidak dilaksanakan," katanya ketika sesi membahaskan Bajet Selangor 2012 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).


Datuk Subahan Kamal berkata demikian ketika mencelah perbahasan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang dilihat lebih cenderung mencari kesalahan UMNO walaupun ia tidak mempunyai kaitan dalam perbahasan yang dibuat ADUN itu.Pada masa yang sama,Datuk Subahan Kamal turut menasihatkan Weng San untuk lebih menghormati wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional dengan lebih memberi tumpuan untuk membahaskan perkara yang berfaedah untuk manfaat rakyat, bukan bermotifkan kepentingan politik.

"Saya mahu ADUN Kampung Tunku jangan sebut UMNO itu dan ini. Kalau hendak sebut, sebutlah BN kerana kami adalah wakil rakyat BN bukan UMNO.Kami pun tidak sebut pihak di sana dari DAP, PKR atau PAS sebab semua adalah pakatan rakyat. Saya harap perkara ini tidak diteruskan," tegasnya.

Sementara itu,Datuk Subahan Kamal ketika ditemui di luar dewan menyatakan Weng San sepatutnya mengajukan soalan mengenai isu penternakan babi moden kepada Menteri Besar, Khalid Gagap,selaku pemimpin kerajaan negeri bukannya Barisan Nasional.

"Saya hairan beliau cakap kita salah. Sepatutnya sekarang ini pakatan rakyat mentadbir Selangor, sepatutnya tanya kepada MB sekarang ini," katanya.

LAGI SEKALI BOCOR !!!

MANA JANJI PAKATAN HARAM ???

JANGAN ASYIK JANJI TAPI TAK BUAT !!!

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

sebenarnya umno makin mengelabah sebab PR selangor umum nak buat gaji minima RM 1500 th depan kpd agensi2 kerajaan buat permulaannya dan akan dilaksana kpd agensi2 lain juga...

gaji minima ni BN sudah janji pd bajet 2010 utk dilaksana pd tahun 2011, tapi habuk pun tak nampak...

mana janji tuh?

dan kini pun LEMBU2 SHARIZAT sudah terlepas kandang berkeliaran...Sharizat LEMBU sebok cari lembu dia yg hilang sampai ke KONDO....ka..ka..ka..ka..

yg kaya kroni dan anak beranak sharizat serta umno sial!!!

Anonymous said...

Hehe, mula2 buat la gaji minimum RM1,500 untuk tarik undi PRU-13, lepas menang lagi nanti buang separuh kakitangan kerajaan yang ade... bagus punye idea kerajaan Penipu Rakyat ni.

UMNO nak gelabah?? Sebenarnya, UMNO Rileks je dengar cakap kosong pemimpin PR kat Selangor tu. Dulu kata rakyat dapat air percuma 20m3, rupe2nye bukan semua rakyat yang dapat, orang2 kaya dah tentu dapat la... penipu2 je la keje korang. Hahahaha

Anonymous said...

Subahan kata (Dalam berita TV3) PR dah perintah 4 tahun tp masih gagl penuhi janji pilihanraya... baru 4 tahun..... yang dah perintah 50 tahun pun belum mampu penuhi semua janji... buka mata... kepada semua yang nak undi nanti(PR dan BN) .. jangan lupa Solat Istikharah dulu.. mohon petunjuk... dah lama dah kita tertipu dengan janji palsu.... noli_mad@yahoo.com

Jangan Main Api said...

Cuba lah fikir yang rasional , umno (BN)dah tadbir selangor lama.Dah banyak yang di majukan.Sampai kat PR habis di kerjakan,.Ini dah nak dekat pilihanraya PR tahu dia akan kalah teruk , jadi dia pulun wang rakyat selangor bagi perabis.Yang untung DAP , duit untuk parti dia , PAS, PKR kena ain..ha..ha itu pun tak nampak ke.

 
 
Blogger Templates