Social Icons

Pages

Tuesday, December 06, 2011

BONGKAR !!! DR YUSUF QARDHAWI DI PERDAYA OLEH ANWAR IBRAHIM ??? BIAR BETUL ???


YB Datuk Zulkifli Noordin mengakui bertanggungjawab mempedayakan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi supaya mengeluarkan fatwa menyokong kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.Sebab.. kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah”, katanya

Menurutnya,beliau bertanggungjawab menyediakan soalan-soalan yang berpihak kepada Anwar dan menyembunyikan maklumat sebenar berkenaan dengan pengadu, Mohd Saiful.

“Sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya,(misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat.Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf”, katanya.

Zulkifli yang juga bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) turut mengakui tindakannya adalah bersalah dan berdosa kerana sanggup melakukan penipuan terhadap ulamar besar semata-mata untuk menyelamatkan imej Anwar.



“Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf.Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama.Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat.

“Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia (Syeikh Yusuf Qardhawi) balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. Kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya”, katanya.

Selain itu,Zulkifli turut mendedahkan beberapa kisah sebenar yang berlaku pada tahun 1998 yang sebelum ini tidak didedahkan kepada umum.Antaranya, kisah sebenar Datuk Dr Haron Din dan (Allahyarham) Dato’ Hj. Ishak bin Baharom (Bekas Mufti Selangor yang menggesa agar Anwar melakukan sumpah untuk membersihkan namanya.Zulkifli juga turut mendedahkan kisah sebenar Anwar ‘bersumpah’ di rumah Lokman Noor Adam, Batu Pahat Johor dan Masjid Negara pada tahun 1998.Menurutnya, dari tahun 1998 hingga sekarang Anwar tidak pernah bersumpah.

“Sepatutnya kita sebagai orang Islam, kita kena tanya sekurang-kurangnya, percaya tak percaya itu satu hal. Sekurang-kurangnya, itu satu isyarat untuk kita tanya.Apa liat sangat (nak bersumpah). Apa liat sangat nak bagi DNA, apa liat sangat nak bagi jam Omega.Benda itu, kita percaya tidak percaya, itu satu hal, tapi sekurang-kurangnya tanyalah.Saya nak ulang lagi sekali. Jangan buat kesilapan kami dulu, tak tanya, langsung tak tanya. Itu kesilapan besar kita”, katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Apa yg difikirkan YB Datuk Zulkifli Noordin ketika itu sehingga sanggup mengenepikan akibat drp tindakan beliau kelak ? ..Sudah Jelas, Kita Tak perlu menjadi seorang " peguam" baru nak tahu cara sedemikian adalah salah ...

 
 
Blogger Templates