Social Icons

Pages

Thursday, December 01, 2011

HOT NEWS !!! AZIZ BASI NAK LETAK JAWATAN DI UIA ???


Minggu lalu,selepas berceramah sepentas dengan Anwar Ibrahim,di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah,Johor Bharu,Prof Dr Abdul Aziz Bari @ Basi berkata beliau tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan mahu bekerja di institusi itu sehinggan pencen,namun minggu ini beliau dilihat berbelah bahagi untuk mempertahankan keputusan tersebut.

FMT melaporkan Aziz sedang mempertimbangkan untuk letak jawatan sebagai profesor di UIAM untuk mengelakkan daripada terus disiasat oleh pihak universiti.

“Saya akan membuat keputusan dalam minggu ini sama ada untuk kekal sebagai seorang profesor di UIA atau berhenti kerja dengan segera,” katanya dalam satu temu bual dengan FMT hari ini di Akademi Merdeka, di mana beliau menghadiri satu forum mengenai Perlembagaan Persekutuan yang dianjurkan oleh Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS).

Aziz merupakan ‘pengendali utama’ Akademi Merdeka sebuah NGO tajaan asing yang beroparasi di Malaysia dan Indonesia.Di Indonesia,Akademi Merdeka menjalinkan kerjasama erat dengan Kumpulan Islam Liberal melalui Freedom Institute.Di Malaysia, Akademi Merdeka menjalinkan kerjasama erat dengan IDEAS di mana Aziz merupakan felo kanan di institusi itu.

Persoalannya,kenapakah Aziz yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang tegas, tiba-tiba boleh menukar fikiran untuk meletakkan jawatannya di UIAM ???

Dan kenapakah beliau begitu risau sekiranya kesnya itu terus disiasat oleh pihak universiti, jadi dengan meletakkan jawatan adalah alternatif terbaik supaya kesnya tidak terus disiasat ???

Apakah yang amat dirisaukan dan apakah yang cuba disembunyikannya ???

Persoalan kedua, kenapa beliau mengubah pendirian dalam masa tidak sampai dua minggu, adakah keputusannya itu ada kaitan dengan tawaran menjadi calon untuk pilihanraya umum ke-13 ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

KALAU ADA MARUAH SILA LETAK JAWATAN...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous said...

Ko ni Badut sangat prejudis punya orang!!

dia nak letak jwtn ko peduli apa?

kalu dia tak ada gaji dan tak makan, ko peduli apa?

namun fenomena aziz bari benar2 membuka minda kita bhw selama ini umno menunggang undang2 dan meletakkan undang2 di bwh tapak kaki mrk!!!

akaknilai said...

Alahai Dik Non 1:13. Jgnla duk jadi kuda tunggangan PR. Tang mana yg duk kata umno menunggang undang2 dan letakkan undang2 kat tapak kaki? Tok sah cakap pasal undang-undangla, kalau ada rang undang-undang baru, org PR tak nak bahas, terus keluar dewan. Korang yg x hormat undang-undang.

Anonymous said...

Apa asas undang-undangnya untuk mengatakan Sultan tidak konsisten dan bertindak tidak ikut Islam sedangkan perkara tersebut adalah prerogatif Sultan selaku Ketua Agama.

Tidak cukup dengan itu, "berpolitik" di Pasir Gudang dan Gelang Patah. Apa motifnya sebenarnya? Lesen beliau adalah akademik bukannya lesen politik kecuali beliau adalah ahli parti politik - perlu daftarlah kalau nak berpolitik.

Kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang itu boleh bersuara sesuka hatinya semasa kahtib membaca khutbahnya,ataupun didalam suatu mesyuarat. DiDUN atau Parlimenpun, ada peraturan bila hendak bersuara - kena tunggu giliran dan bila dibenarkan Speaker untuk berbuat demikian.

Jika nak berpolitk perlulah beerdaftar seperti bila mahu beristeri perlu juga berdaftar. UIA tidak pun membenarkannya "berpolitik" sedangkan gajinya dibayar UIA bukannya parti politik.Mahu dengar cakap UIA atau parti politik???
Mungkin kot beliau pun menyedari bahawa masanya di UIA sudah boleh dihitung harinya, Cuma cepat atau lambat.

Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
Abdul Aziz perlu berhenti pensyarah jika mahu berpolitik - Khaled
05/11/2011 5:16pm

MOHAMAD FIKRI ROSLY
JOHOR BAHRU 5 Nov. - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dinasihat meletakkan jawatan sebagai pensyarah jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik dan tidak perlu menunggu tindakan daripada universiti tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

"Saya menasihatkan Abdul Aziz Bari berhenti menjadi pensyarah kalau mahu memilih pentas politik. Jika sudah menyertai ceramah politik yang mengandungi fitnah, tidak perlu menunggu tindakan daripada UIAM lagi.

"Sebaiknya dia terus berhenti dan menyertai parti yang disokong," katanya kepada pemberita selepas pertandingan bola keranjang Persatuan Persaudaraan Kristian Visi Johor Bahru di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Abdul Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat sini malam tadi tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Tambahnya, antara yang hadir adalah ahli UMNO Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIAM berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini. – Utusan

 
 
Blogger Templates