Social Icons

Pages

Thursday, December 29, 2011

ISU BORANG 5A !!! APA CITA NI KHALID GAGAP ???


"Kita telah mengadakan satu program menentukan mereka yang duduk 15 tahun keatas di kawasan tersebut kita beri peluang mereka untuk memiliki tanah. Borang 5A ini sangat penting bagi menentukan mereka mempunyai hak keatas tanah kediaman mereka," Itu adalah petikan ucapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada sekumpulan penduduk di Hulu Bernam April lalu.

Sejak Jun 2010,kerajaan negeri pimpinan Khalid mencanang Skim Pemilikan Kediaman Persendirian Borang 5A yang didakwa memberikan penduduk hak milik keatas tanah yang diduduki mereka antara 10 hingga 15 tahun.Khalid berkata,lebih 100,000 keluarga akan mendapat manfaat daripada skim itu dan menjadikan mereka tuan di atas tanah yang mereka duduki.Indah khabar dari rupa.MCA menjadi parti pertama menampilkan keluhan rakyat bahawa skim yang diuar-uarkan oleh Khalid tidak lebih daripada satu bentuk baru mendapatkan Lesen Menduduki Sementara (TOL) di atas tanah mereka.Malah di bawah pimpinan Khalid, penduduk yang tidak mampu menjelaskan premium mengikut harga semasa pasaran, dikenakan bayaran RM1,000 dan terikat kepada syarat-Syarat ketat bersabit penjualan tanah itu.


Persoalan yang dilontarkan MCA mudah. Jika sudah diberikan hak milik, kenapa harus ada syarat-syarat keatas pemiliknya Dan jika,kerajaan negeri benar-benar ikhlas, kenapa penduduk tidak dikecualikan sahaja daripada premium RM1,000 itu ???

Segala persoalan ini diungkit oleh MCA yang kemudiannya menyahut cabaran Kerajaan Negeri untuk berbahas mengenai isu berkenaan.Rabu lalu,selepas dua minggu Khalid akhirnya berkata kerajaan negeri sanggup berbahas namun mahu menjelaskan skim itu kepada rakyat Selangor terlebih dahulu.Respon Khalid agak aneh kerana perbahasan adalah dengan MCA, kenapa pula rakyat yang harus diberi sesi penerangan terlebih dahulu?

Juga agak janggal, kenapa tiba-tiba ada keperluan untuk memberi penjelasan kepada rakyat sekarang, lebih setahun selepas skim 5A dilancarkan?

Dalam kenyataannya Rabu lalu, Khalid akur bahawa premium tanah RM1,000 hanya membolehkan penduduk terbabit melanjutkan tempoh pajakan tanah berkenaan.Walaupun beliau tidak menyebutnya, namun sudah tentu jika tanah masih berstatus pajakan, maka “pemilik” sudah tentu tidak dapat menjualnya kecuali beliau menjelaskan premium yang lazimnya berasaskan harga pasaran semasa.Berapa ramai penduduk luar bandar yang mampu membayar premium puluhan atau ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan hak mutlak keatas tanah yang mereka duduki sekian lama? Tentunya tidak ramai.

Khalid berpeluang untuk menjawab segala kecelaruan mengenai isu ini demi kepentingan rakyat jika beliau sanggup turun padang berbahas dengan MCA.Idea perbahasan dengan MCA sebenarnya dilontarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar sendiri, Faekah Husin.

Namun di atas alasan mahu memberi penjelasan kepada rakyat,Khalid dilihat mengelak daripada bersemuka dengan Biro Aduan MCA Selangor,mungkin kerana kerajaan negeri belum bersedia berdepan dengan isu-isu yang menuntut keterangan ikhlas.

Sumber Antarapos

No comments:

 
 
Blogger Templates