Social Icons

Pages

Friday, December 02, 2011

ISU NFC !!! SAH !!! TIADA UNSUR PECAH AMANAH DALAM PROJEK NFC !!!



Siasatan polis setakat ini menunjukkan tiada unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah pun menyoal siasat 74 orang berhubung aduan berkenaan projek itu termasuk anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.

“Bagaimanapun kami meneruskan siasatan berkenaan isu ini dan akan memanggil menteri (Sharizat) untuk merakamkan kenyataan beliau jika diperlukan,” kata beliau kepada pemberita di Sungai Buloh,dipetik Star Online.

Polis memulakan siasatan selepas aduan berkenaan dipindahkan kepada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua minggu lalu.

SPRM awal-awal lagi sudah mengisytiharkan bahawa mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dalam NFC. Sekarang polis pula.Yang sohehnya,Danny Fong yang merupakan salah seorang bekas pekerja NFC yang terbabit dalam kes pecah amanah,telah menggunakan dan meminta bantuan ketiga-tiga lembu PKR untuk membantunya.

Polis dan SPRM seharusnya mula masuk menyiasat PKR pula,terutama sekali membabitkan ketiga-tiga lembu PKR itu.Namun yang semakin pasti,Rafizi Ramli dan Zuraidah Mak Lampir sudah mula mencari-cari duit untuk disaman oleh NFC.Yang untung Saifuddin Nasution juga !!!

ANDA INGIN MELIHAT PEMBONGKARAN NFC ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

3 comments:

Anonymous said...

Politik semasa adalah persepsi, samada NFC salah atau tidak bkn soal. Rakyat melihat Salleh suami Sharizat, NFC guna loan beli kondo dan merc. Putarlah macam mane, rakyat tetap kata Sharizat terlibat kalu setakat Sharizat pegi matilah dia. Yang akan jadi mangsa UMNO. jadi mahu atau tidak Sharizat kena keluar barislah.SAYANGKAN UMNO, SILA SHARIZAT KELUAR BARIS SEKARANG.

Anonymous said...

setuju semua perkara2 di atas... dok sibuk nak selinsing lengan baju nak gochoh org PR, tapi xjawab gak pertuduhan... masalahnyer, betui ke tidak??? bukan setakat org2 PR aje nak tahu, org2 BN pun nak tahu... siapa liabiliti ke BN, baik korang keluar baris aje le...

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Sebagai bekas seorang kakitangan yg pernah berkhidmat dengan NFC....

Aku merasakan beban terlalu besar untuk ditanggung kerana MISI serta VISI syarikat NFC adalah untuk terus memancu segala kemahuan pasaran yg terlalu besar serta segala macam jenis SABOTAGE yg perlu dilalui semasa melaksanakan tugasan berikut, siapa yg tidak bersama NFC toksah cakap banyak atau nak memandai mandai konon nya NFC tak PERFORM..... Kalau korang nak tahu disini aku sertakan sedikit sebanyak apa yg dilalui oleh Pengurusan NFC i.e :-

1. kakitangan
Kebanyakkan dinegara kita kakitangan yg mahir dalam cara atau tatakerja dengan pengurusan daging lembu agak terkebelakang serta boleh dikatakan kurang tenaga mahir yg benar benar memahami "technical know How" itu salah satu penyebab kelewatan dalam perancangan Syarikat, tapi ianya dapat diatasi oleh Pengurusan NFC secara total walaupon ianya bukan lah boleh dianggap 100% selesai sekurang kurangnya ianya diseleaikan secara 85% maka itu dianggap satu kejayaan yg memberangsangkan, almaklum saja ATTITUDE pekerja di negara kita ini kebanyakkan anak anak Melayu terlalu malas serta kurang keyakinan untuk terus berjaya, lebih kerja sedikit banyak yg merungut walaupon dibayar OVERTIME.

2. Planggan
Kebanyakkan pelanggan yg berbangsa Melayu kurang yakin untuk berlanggan dgn NFC kerana menggangap NFC ni tak consistent dengan STOCK, sedangkan NFC menjual dengan harga pasaran yg di jual oleh kebanyakkan pembekal atau pengimport yg sedia ada, begitu juga dengan kebanyakkan Hypermarket serta Hotel yg terdapat di negara kita yg banyak daripada mereka ini "Buyer / Purchasing Boss" adalah dari kaum "Cina" jadi NFC jika quality baik sekali pon mereka ini cuba untuk TIDAK MEMBELI dari NFC kerana ianya adalah dari PENGUSAHA Melayu. Begitulah yg dialami oleh NFC.

Itu adalah serba sdikit yg dilalui oleh Pengurusan NFC.... semasa aku masih berkhidmat disana, sekiranya aku mahu mebongkarkan aku bisa membongkarkan perkara SABOTAGE ini banyak lagi yg NFC lalui agar NFC ini tidak menemui kejayaan, tapi sekarang apa yg aku lihat NFC sudah hampir menemui jejak jaya perniaggan ini.....

Jadi lagi sekali aku akan terus BERBANGGA kerana aku dahulunya pernah bersama dengan NFC....

Untuk semua kakitangan serta Pengurusan NFC.
Dato Sri Dr SALLEH ISMAIL
EN IZMIR
EN IZRAN
CIK IZZANA
Serta semua kakitangan yang aku kenal atau tidak kenal teruskanlah menyumbang tenaga serta kepandaian anda ke satu tahap yg pada
"SATU HARI NANTI NFC"
adalah satu kejayaan buat NEGARA. Bilamana akan tercatat didalam peta dunia "NFC" adalah pembekal daging terbesar didunia Insyallah kita sama sama mendoakan...

Sekali lagi dari bekas pekerja NFC "MustaffaNFC"
SELAMAT BERJAYA NFC.

 
 
Blogger Templates