Social Icons

Pages

Friday, December 02, 2011

HOT NEWS !!! JARINGAN GOL NAZMI FAIZ TOP 10 GOL TERBAIK DUNIA !!!


Siapa sangka jaringan gol pembukaan ketika Malaysia menentang Bahrain pada 27 November 2011,kelayakan Olimpik London 2012 yang dijaringkan oleh pemain berusia 17 tahun,Nazmi Faiz,telah dinobatkan sebagai Top-10 Goals of the week dilaman sesawang 101 Great Goals.Laman ini merupakan portal bolasepak dunia yang rata-ratanya dikunjungi pelayar internet dari United Kingdom,England


Top 10 goals of the week ini dikira berdasarkan undian penonton yang menonton jaringan gol perlawanan bertaraf antarabangsa,dan jika dilihatkan undian terkini,nampaknya Nazmi Faiz mendapat jumlah “vote” tertinggi.Jauh meninggalkan jaringan pemain bertaraf bintang dunia yang lain seperti Kevin Prince Boateng ketika AC Milan menentang Barcelona.

Secara ringkas mengenai perkembangan Nazmi Faiz,beliau akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian pada tahun ini 2011.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir,pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 November lepas.

Biodata ringkas

Nama Penuh : Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
Berasal dari:Kuala Lumpur,Malaysia
Posisi: Midfielder
Kelab: Harimau Muda B
Nombor Jersey: 12 (sukan sea 2011)
Sekolah: Sekolah Sukan Bukit Jalil (2008-2011)



TAHNIAH KEPADA NAZMI FAIZ !!!

GO TIGER !!! GO TIGER !!!

3 comments:

budak-budak said...

Saya rasa link laman web yang diberikan itu adalah satu penipuan..
Cuba encik periksa komen di bawah laman web itu..Semuanya dusta belaka..

Anonymous said...

website tu bkn tipu, kalau bukak command awal2, takde pn yg tulis dlm melayu, bila ada yg senaraikan jaringan nazmi, then ada yg vote, baru la diorang reramai letak command tah apa2. Apa2 pn jaringan nazmi tu memang terbaek....

Andres Villas Boas said...

lol, semua komen menyamar la, btw kau baca je komen tu, klakar gileww...

 
 
Blogger Templates