Social Icons

Pages

Wednesday, December 14, 2011

KHALID GAGAP GAGAL !!! ADA LAGI RAKYAT SELANGOR KENA TIPU !!!


Sikap berdiam diri kerajaan negeri Selangor dalam menangani masalah mangsa-mangsa kes penipuan pembeli rumah kos rendah mengundang satu lagi laporan polis dibuat terhadap seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai bertugas di pejabat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebanyak lapan laporan polis dibuat semalam di IPD Klang Selatan yang mendakwa individu berkenaan Mohd Yatim Abu Bakar menjadi dalang kes penipuan membabitkan pembeli rumah kos rendah di Taman Botanic,Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk,Mohd Durrani Izam juga kesal kerana Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abd Samad tidak menunaikan janji untuk berjumpa dengan mangsa-mangsa terbabit.

"Exco kerajaan negeri (Iskandar) ada berjanji untuk berjumpa dengan kami (melalui blog dan surat khabar) tapi sampai sekarang dia tak ada datang berjumpa dan berbincang mengenai masalah ni. Saya harap mereka (kerajaan negeri) bertanggungjawab.

Tambah beliau lagi,lebih 40 orang telah tampil membuat laporan polis terhadap Mohd Yatim sebelum ini.Mereka menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM2,100 kepada pegawai Menteri Besar itu untuk membeli rumah di Taman Harmoni,Balakong,Taman Intan,Cheras, Taman Botani,Klang dan Taman Selayang Mulia,Selayang.Menurut seorang mangsa,Hasnah Hassan,beliau sangat kesal dengan sikap kerajaan negeri yang lepas tangan dan sekadar memberitahu bahawa dalang yang menjalankan penipuan itu bukan seorang pegawai tugas-tugas khas yang dilantik.

"Cuma yang saya kesal ialah daripada pihak kerajaan negeri Selangor tak ada langsung prihatin. (Sepatutnya) datanglah tengok kita ni, tanyalah kami (tapi) mereka terus membisu langsung tak kata apa-apa. Cuma keluar dalam surat khabar kerajaan negeri menafikan individu yang menipu itu bukan orang dia tapi walhal kita tahu...dia ini memang terkenal di Permatang Pauh."

Tambahnya lagi beliau dan mangsa lain telah dijanjikan untuk mengambil kunci rumah pada 24 Ogos 2009 namun Mohd Yatim memberikan surat penangguhan sebelum menghilangkan diri dengan wang pendahuluan.

LIHAT PULA VIDEO DI BAWAH !!!

MASYARAKAT INDIA DI TIPU BULAT-BULAT !!!



RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates