Anwar Ibrahim menganggap kenyataan Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden semalam sebagai menyerangnya dan meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sebaik sahaja kes liwat dihadapinya sekarang berakhir.Selain bermain silap mata mengaitkan kesnya dengan pilihan raya,Anwar menganggap sistem perundangan negara berada dalam keadaan ‘cacat’.Bagi Anwar,kes ini sebahagian daripada usaha menamatkan kerjaya politik beliau.
Bercakap di pekarangan mahkamah semalam,Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia untuk yang terbaik tetapi pada masa yang sama menduga keadaan paling buruk.Menjawab hujah penggulungan pihak pendakwa yang dianggap menyerang keputusannya memberi keterangan dari kandang tertuduh, Anwar berkata beliau menggunakan perbicaraan untuk mengetengahkan keadaan sistem perundangan yang cacat.
“Saya mengambil kedudukan menerusi saksi-saksi yang kompeten. Satu-satunya usaha mereka ialah memusnahkan doktor-doktor yang ternama di dunia,” dakwa Anwar.
Pada hujah penggulunganya,Mohamed Yusof berkata kenyataan Anwar dari kandang tertuduh ketika dipanggil membela diri adalah penafian semata-mata serta gagal menggugat bukti pendakwaan.Mahkamah Tinggi diberitahu semalam,keterangan dari kandang tertuduh oleh Anwar bukan sahaja tidak memberi wajaran yang sama seperti kenyataan bersumpah selain kenyataan Anwar hanyalah berbentuk penafian.
Rujukan yang dibuat terhadap dakwaan itu,adalah hanya apabila Anwar secara mutlak menafikan beliau mempunyai hubungan seksual dengan pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh tidak memberi versinya mengenai kejadian pada 26 Jun, 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.01 petang di Unit 11-4-11, Kondomium Desa Damansara,tempat di mana kejadian itu berlaku." katanya.
Mohamed Yusof berhujah demikian di akhir kes pembelaan terhadap Anwar,yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih,Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.Selain itu,hakikat bahawa Anwar tidak mempertikaian kehadirannya di kondominium itu pada masa yang didakwa itu dan juga bahawa beliau telah menerima satu sampul dokumen daripada pengadu "sudah pasti akan menjadi bukti terhadapnya".Selain itu, Anwar juga tidak menyebut mengenai sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan seks yang dituduh itu.Apapun adalah menarik untuk mendengar pengujahan balas peguam utama Anwar,Karpal Singh esok di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perbicaraan bersambung esok bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan pula untuk menggulung hujah mereka.Katanya,perbicaraan esok,15 Disember bermula jam 9.30 pagi,sebelum keputusan kes berkenaan dibuat.
Apa yang dihujahkan oleh Yusof terhadap kenyataan Anwar dari kandang tertuduh semalam adalah seperti berikut :
1. Anwar tidak memberi versinya mengenai dakwaan insiden itu bagi mematahkan keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menjadi pengadu dalam kes itu. (Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh selain penafian mutlak mempunyai hubungan seksual dengan pengadu,tertuduh tidak sama sekali mempertikaikan bukti pihak pendakwaan)
2. Anwar dalam kenyataannya juga tidak sama sekali menafikan bahawa beliau berada di tempat yang didakwa berlaku kejadian itu pada masa dan tarikh tersebut
3. Anwar juga tidak mempertikaikan bahawa keretanya dilihat memasuki dan keluar dari kawasan kondominium dan rakaman CCTV menunjukkan tertuduh tiba di tingkat lima kondominium berkenaan dan meninggalkan tempat itu selepas kejadian itu;
4. Anwar pada bila-bila masa tidak membuat sebarang cubaan untuk menjelaskan secara positif berhubung kehadiran spermanya dalam dubur Mohd Saiful. (Akibatnya, penemuan secara konklusif sperma itu dibiarkan tanpa dicabar oleh pihak pembelaan); dan,
5. (Anwar) ada menyatakan insiden liwat seperti didakwa oleh Mohd Saiful tidak boleh terjadi kerana keadaan sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan itu.
Berkaitan perkara ini,Yusof menyatakan perkara berikut:
a. Pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland,membuat spekualsi yang aneh untuk menyatakan pandangannya bahawa adalah sangat mustahil Anwar melakukan perbuatan itu ekoran daripada masalah tulang belakang tertuduh yang boleh menyebabkan kesakitan. (Tidak ada keterangan daripada tertuduh sendiri bahawa dia tidak boleh melakukan aksi seksual itu dan bagaimana sesiapa sahaja boleh datang ke mahkamah dan menyatakan tertuduh tidak berupaya melakukan perbuatan itu).
b. Perlu diambil perhatian bahawa Dr Hoogland tidak sama sekali memeriksa Anwar pada 2008 berbanding Datuk Dr S.Jeyaindran yang melakukan pemeriksaan terhadap Anwar tiga minggu selepas kejadian itu
c. Menurut doktor itu, Anwar tidak mengadu bahawa dia mengalami sakit tulang belakang dan dari pemerhatian doktor, pergerakan Anwar tidak dihalang oleh sebarang kesakitan bahagian belakang badan.
Berikutan itu menurut Mohamed Yusof,keterangan Dr Hoogland bahawa adalah mustahil untuk tertuduh melakukan perbuatan itu seperti digambarkan oleh pengadu adalah tekaan semata-mata dan bertentangan dengan fakta yang diasaskan berdasarkan keterangan Dr Jeyaindran. Menurut Yusof, adalah jelas gambaran yang diberikan oleh Mohd Saiful mengenai insiden itu bersama bukti para doktor dan ahli kimia mengatasi pandangan Dr Hoogland.
Kerana itu,menurut Mohamed Yusof,harus diambil perhatian bahawa kegagalan tertuduh menafikan bukti pendakwaan adalah jelas dan begitu sama kepada pengakuan kepada fakta bukti.Ini sudah pasti mendorong kepada keterangan menyokong terhadapnya
Dengan kata lain, Mohamed Yusof berhujah, keterangan dari kandang itu sendiri adalah sama seperti Anwar kekal senyap ketika dipanggil membela diri kerana tiada bukti diusulkan untuk pertimbangan mahkamah.
Yang penting, hujah Mohamed Yusof petang semalam mengatakan, “jelas sama sekali pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berdasarkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan pada penutupan kes pembelaan.”Mohamed Yusof, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata kesalahan tuduhan meliwat terhadap tertuduh (Anwar) telah dibuktikan dengan melangkaui keraguan munasabah
RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:
"......penemuan secara konklusif sperma itu dibiarkan tanpa dicabar oleh pihak pembelaan"
dia dah terkantoi, taknak jawab pastu tukar topic. typical.
Post a Comment