Social Icons

Pages

Saturday, December 10, 2011

PAS TIDAK AKAN LAKSANAKAN HUDUD ??? INI JAWAPAN ZAINAL KLING !!!



Penganalisis Politik,Prof Datuk Dr Zainal Kling menyifatkan pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai 'lidah bercabang' ekoran sikap dolak dalih mereka yang enggan memasukkan cadangan pelaksanaan hukuman Hudud dalam menifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13 akan datang.Walhal, Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkeras hukuman itu akan dilaksanakan di negeri Kelantan dan Terengganu,sekiranya berjaya menawan Putrajaya kelak.

"Pada pandangan saya pemimpin PAS ini selalu bercakap tidak betul,bercakap lidah bercabang. Dulu PAs cakap nak buat negara Islam, tetapi 30 tahun kemudian tidak ada negara Islam.Jadi apakah selama ini dia berbohong ??? Sekarang dia nak buat negara berkebajikan pula.Sekarang dia kata dia tidak akan hukum hudud itu sebagai manifesto politiknya dalam pilihanraya tetapi dia nak melaksanakan di Terengganu dan Kelantan.jadi lagi lidah bercabang," katanya memberitahu Antarapos.com.

Zainal berkata, tindakan PAS yang selalu berubah-ubah mengundang rasa tidak percaya rakyat terhadap parti itu dalam melaksanakan apa dasar sekalipun.Malah, Zainal turut mendakwa PAS sebelum ini pernah menyifatkan Umno sebagai kafir apabila bekerjasama dengan parti perikatan kaum Cina tetapi meludah ke langit, kini parti Islam itu sendiri menjalinkan hubungan dengan DAP.

"Jadi pemimpin seperti ini tidak boleh dipercayai kerana apa yang dia cakap dia tidak laksanakan. Apa yang dia laksanakan dia sorok-sorok, tidak dihebah-hebahkan yang sebenar-benarnya,"ujarnya.Dulu bila orang bekerjasama dengan kaum Cina dalam parti perikatan dia hukum parti perikatan itu haram dan orang-orang Umno itu sebagai kafir. Sekarang dia bekerjasama dengan orang lain yang anti Islam, menentang Islam, yang menentang negara Islam dan menentang hukum hudud...boleh dan sah dari hukum Islam. Sentiasa lidah bercabang,"katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan,Hadi sebagai berkata, PAS itu tidak akan memasukkan undang-undang hudud dalam manifesto pilihanraya pakatan pembangkang.

"PAS tidak boleh dipercayai, tidak boleh diberikan mandat kelah hanya akan meruntuhkan negara," ujarnya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden MCA Datuk Yap Pian Hon berkata sebelum ini pihaknya telah mencabar Pakatan Rakyat agar memasukkan undang-undang terbabit dalam manifestonya namun sehingga kini ia masih tiada jawapan. Tetapi apa yang Hadi katakan hukum hudud tidak perlu masukkan dalam manifesto. Kalau macam itu caranya seperti cakap tak serupa bikin.Kalau hendak laksanakan hudud dengan secara rasminya dalam polisi kerajaan akan datang, dia kena masukan dasar itu dalam manifesto untuk ditentukan oleh rakyat samada diterima atau tidak.

"Tetapi berbeza dengan parti Barisan Nasional(BN), kita akan buat rundingan dan membuat keputusan setiap dasarnya agar diterima semua parti kompenan untuk dijadikan polisi kerajaan BN.

Katanya lagi,tindakan Pas ini dilihat sebagai tindakan terdesak dalam meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

No comments:

 
 
Blogger Templates