Social Icons

Pages

Saturday, January 28, 2012

BEKAS PEMAIN SELANGOR MENINGGAL DUNIA !!!


Bekas pemain skuad bola sepak Selangor Razali Alias,meninggal dunia petang semalam di Hospital Selayang akibat hati gagal berfungsi.Allahyarham berusia 51 tahun.Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di 41, Lorong Lautan Samudra 9/3, Seksyen 9, Puncak Alam dan dikebumikan pada pukul 11 malam tadi di tanah perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam,Shah Alam.

Anaknya Mohd Raqib,ketika menghubungi Bernama berkata urusan pengkebumian itu harus disegerakan dan bukannya pada pagi ini seperti yang dimaklumkan.Mohd Raqib berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.25 petang setelah seminggu lebih dimasukkan ke hospital.

"Doktor mengesahkan hati ayah tidak berfungsi dengan baik dan merebak ke buah pinggang serta paru-paru," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Razali dikesan menghidap hepatitis B sejak 2008. Selepas mendapatkan rawatan, allahyarham kembali sihat namun sejak Oktober lalu penyakit itu kembali menyerang.Allahyarham meninggalkan seorang balu,Rosnah Mohd Tahir dan lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan.

Sepanjang kariernya bersama Selangor, Razali pernah membantu pasukannya memperoleh kejuaraan Piala Malaysia pada 1982, 1984 dan 1986.Razali juga pernah menjadi jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2009 dan menjadi penolong jurulatih Selangor FA untuk musim 2006-2007.

AL-FATIHAH...

No comments:

 
 
Blogger Templates