Social Icons

Pages

Sunday, January 08, 2012

HOT NEWS !!! HASAN ALI DI PECAT !!! KENYATAAN TERBARU HASAN ALI !!!


PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini,PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.




KENYATAAN MEDIA PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t.

Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta.

Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu.

Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama’ mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.

Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012

Ekoran keputusan PAS hari ini,tidak dapat dipastikan jawatan exco Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri Selangor yang disandang oleh Hassan sebelum ini.Lazimnya,jawatan exco itu juga turut dilucutkan kerana jawatan tersebut diperuntukkan kepada kouta PAS Selangor.

Sebelum ini,Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali mendesak PAS mengambil tindakan tatatertib ke atas Hassan yang disifatkannya kononnya menghina dan mencerca,Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim.Hasan sebelum ini menyeru ahli-ahli PAS tidak menyertai Bebas Anwar 901 esok kerana menganggap tuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu sebagai kes peribadi.

Dipecatnya Dr. Hassan Ali membuktikan berjayanya ejen DAP memecahbelahkan ulama & atarturk dalam PAS.tahniah Mat Sabu !!! Kalau Nik Aziz dan Hj Hadi nak tegakan Islam cara Hassan Ali dia pun kena pecat macam ni agaknya....

RENUNG-RENUNGKAN

7 comments:

Johan said...

Dalam Mahkamah, sesaorang yang dijatuhkan hukum, waima hukum gantung pun boleh merayu... Tapi nampaknya tak ada pula 'tunjuk sebab' atau membela diri dalam menjatuhkan hukum buang dari menjadi ahli PAS. Jika benda ini dalam UMNO sudah tentu ianya zalim. Dalam kes Anwar disingkir dalam UMNO, Anwar diberi peluang untuk membela diri dalam majlis yang dirinya sendiri berada...lihatlah perbezaan dua parti ini...

Anonymous said...

Jika aku org umno/bn memang aku sokong jika ada pemimpin umno/bn yg menentang arus apatahlagi membuat pelbagai kontroversi menyusahkan parti dan menguntungkan pihak lawan...

Hassan ali tidak ikhlas masuk PAS..terus terang aku kata..dia sebagai virus upahan menyelinap masuk ke dalam PAS lalu merosakkan PAS dari dalam...

Memang banyak tndkannya yg menyusahkan PAS..
Mana2 pemimpin politik samada UMNO/BN atau PR, pemimpinnya mestilah senada dengan segala keputusan parti, bercakap dan bertindak dgn tdk membelakangkan kepentingan parti walau dia tdk setuju...jika ada pemimpin umno sendiri yg menentang arus, kesepakatan parti dlm BN pun naik angin juga!!! itu keadaan normal!!!

Ok...keptusan sudah dibuat! jika selama ini byk keptusan dan tindakan Hassan Ali condong kpd umno atau menjadi jurucakap umno dlm PAS dan mendapat layanan FIRST CLASS dlm UMNO maka dipersilakan UMNO membawa pulut kuning dan membentangkan karpet merah mempelawa hassan ali masuk UMNO...lbh baik hassan ali masuk UMNO secepat mungkin mcm Ezam dll, maka dia bolehlah menghentam, memburuk dan mengutuk PAS sepuas hati dari pagi sampai ke malam tanpa henti....jd PAS tak marah lagi dah!

Lbh baik hassan ali masuk umno sekarang...dan kalu boleh lobi jd calon PRU 13 lawan PAS di kawasan dia sendiri...

Tahniah PAS...jika UMNO pun akan mengambil tindakan sama juga...so, jgn lupa ahli2 umno bolehlah berjuimpa dan berbincang sambilmenghulur borang keahlian kpd Hasan Ali...Lbh baik Hassan Ali masuk UMNO sekarang dan pasti UMNO sedia menerima, spt kata UMNO selalu " Pintu umno sentiasa terbuka..." tp sepanjang yg aku tahu, umno pun tak pernah sebut perkataan itu kpd Hassan Ali...

Jadi kepada UMNO..kenapa engkau marah2 pulak kpd PAS yg pecat hassan ali? atau trojan horse umno dlm PAS sudah disepak keluar..!! patutlah marah ya!

Jgn marah2 wahai UMNO..jika engkau sayang kan Hassan Ali molek sgt jika umno tarik Hassan Ali masuk umno terus dan bagi dia jawatan besar dlm umno sendiri!!! mana layak hasaan ali jd ahli biasa jer!!

ok..ayuh umno..ini peluang terbaik umno pelawa hassan ali masuk umno....

Anonymous said...

Hassan Ali pun satu,masih setia dengan agenda lama pas(itupun kalau betul pas ikhlas)iaitu menegakkan negara Islam.

Pas sekarang dah canggih tak jumud lagi,agenda menegakkan Islam,memelihara akidah semua tu agenda lapuk dan tak relevan lagi.Pas sekarang dah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan parti2 sekular yg lain.

Jadi ada baiknya pas menukar nama parti supaya tidak terus mengelirukan orang yg ikhlas nak join pas atas dasar Islam sedangkan pas tak lebih macam dap atau pkr.

Aku cadangkan nama pas ditukar kepada parti kebajikan rakyat Malaysia atau parti demokrasi semalaysia.Itu lebih sesuai dengan halatuju perjuangan pas sekarang.

Anonymous said...

PAS..Pasti Ajaran Sesat

ahlinya yg bercakap tentang kepentingan islam dipecat tp Dap yg anti islam disanjung dan dipuja...
segala arahan Dap dipatuhi malah tentang islam pun Pas akan rujuk dan akan mendapat kebenaran dari Dap dulu...

Pas pasti akan hancur kerana perbuatannya sendiri kerana sanggup gadaikan islam demi politik, rakan kafir Dap dan duniawi...

Anonymous said...

Hasan Ali tak perlu masok UMNO.

Dia boleh tubuh parti Islam baru yang lebih adil dan ber-rohkan perjuangan Nabi saw yang sebebenar.

Lepas tu boleh jempot ahli-ahli PAS yang benar-benar berjiwa Islam masok parti baru. Dan, tinggalkan ahli2 lain yang telah dipesongkan oleh Pemimpim PAS sedia ada termasok Nik Ajis dan Hadi Awang.

Lain2 pemimpin pas seperti Haron Din, dan lain2 pakat sokong Parti Baru nih..

Nanti kita tengok Allah swt nak support yang belah mana.

Jangan ingat Allat swt tidor !

Anonymous said...

Hasan ali dikata x ikhlas masuk pas.....sebelum kata begitu..kajilah dulu siapa DHA..beliau antara YB PAS yang terawal pernah menang di Selangor..walaupun masa itu BN menguasai Selangor...beliau tetap dengan pendirian beliau...dan setia pada PAS...jadi sebelum nak kata apa2 berkenaan beliau..kajilah dahulu..

Anonymous said...

TAHNIAH PAS! atas sikap isle anda. Orang PAS patut belajar jadi seorang MUSLIM dulu sebelum jadi orang parti. Selepas ini tak akan ada seorang pun dalam PAS akan berani bercakap mengenai ISLAM, MELAYU dan RAJA sudah pasti akan diketuk dan dibakulsampahkan... Hassan Ali dipecat oleh PAS kerana mempertahan kan akidah orang Islam (TAK ZALIM), Anuar dibuang oleh UMNO kerana sebab moral rendah (ZALIM) MAMPOSLAH PAK LEBAI TAHGUT PAS Oiiiiiiii.

 
 
Blogger Templates