Nasib malang menimpa penduduk Kampung Jalan Kebun,Klang apabila perkhidmatan bas henti-henti yang menghubungkan Klang dengan kampung berkenaan telah dihentikan awal tahun ini.Berpuluh-puluh tahun penduduk kampung berkenaan bergantung kepada khidmat bas berkenaan untuk urusan seharian dan juga untuk murid-murid berulang alik ke sekolah.Laluan bas ke kampung berkenaan memang tidak menguntungkan,tetapi ianya terpaksa diadakan untuk khidmat kepada rakyat.
Di zaman pemerintahan BN ,kerajaan negeri memberi peruntukkan khas kepada syarikat bas untuk mereka menampung kos operasi bagi memastikan rakyat Selangor mendapat kemudahan perkhidmatan awam untuk memudahkan urusan seharian.
Di zaman pemerintahan PKR yang dinamakan Kerajaan Kebajikan , mereka tidak lagi memberi peruntukan khas kepada syarikat bas untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan.
Syarikat bas tiada pilihan melainkan menamatkan operasi kerana mereka tidak tahan menanggung kerugian yang teruk semenjak 3 tahun lalu.
Kini terdapat ibu bapa yang terpaksa membelanjakan RM 25 sehari untuk tambang teksi bagi anak-anak mereka ke sekolah di Kampung Jawa dan Klang.
PKR sering berbangga mereka memberi air percuma RM 11.00 sebulan. Tetapi dalam masa yang sama mereka menindas rakyat dengan cara lain.
Kata seorang penduduk kampung berkenaan, “apa guna dapat air free RM 11.00 sebulan tapi kena keluar belanja teksi RM 25.00 sehari ?
“Mana dia Kerajaan Kebajikan yang dilaungkan ? ” tanya seorang lagi penduduk kampung.
Sumber Sel13.com

No comments:
Post a Comment