Social Icons

Pages

Sunday, January 22, 2012

KECAMAN TERHADAP HASAN ALI !!! INI JAWAPAN USTAZ FATHUL BARI !!!


Pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali serta merta daripada parti baru-baru ini akan dilihat oleh rakyat sebagai satu keputusan yang bercanggah dengan dasar parti berkenaan.Malah pelbagai kecaman serta suara-sura sumbang terhadap Hasan yang dianggap lantang dan berkredibiliti memperjuangkan Islam seolah-olah menyerlahkan parti berkenaan tidak mengotakan apa yang dikata.

Umno Online Melaporkan,Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO,Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya mereka yang membuat tuduhan serta fitnah dikategorikan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak sebagai golongan muflis.

"Adakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelar golongan muflis di akhirat kelak. Kata Nabi s.a.w tidak akan masyuk surga seseorang itu yang mengadu domba. Ini prinsip. Keduanya mengumpat. Walaupun Dr Hasan dikatakan telah keluar parti, kita bercakap soal kredibiliti dia.Pastikah beliau terlibat dengan mana-mana pihak menerima wang ringgit gila jawatan dan sebagainya. Kita imbau satu kisah di mana sahabat ada bertanya Nabi s.a.w. apakah pendapatmu apa yang kusebutkan itu benar-benar terjadi kepada saudaraku,lalu dijawab Nabi s.a.w sekiranya pada saudaramu itu benar-benar apa yang kamu perkatakan tentangnya ada padanya maka kamu telah mengumpatnya.Tetapi jika tidak benar maka kamu telah menuduhnya dan menfitnahnya. Maka ini satu benda yang sangat besar di dalam Islam. Apakah kita ingin menjadi golongan yang Allah gelarkan sebagai muflis diakhirat kelak.

"Digelar oleh Nabi sebagai muflis,orang yang datang dengan amalan solatnya, zakatnya, hajinya dan senagainya bentangkan dihadapan Allah s.w.t tiba-tiba Allah datangkan manusia-manusia yang pernah dia sakiti, manusia yang pernah dia zalimi, manusia yang pernah dia fitnah, dia tuduh dan sebagainya.Mereka ini datang kepadanya lalu mereka ini mengambil setiap kebaikan yang dia lakukan. Ambil pahala solatnya, zakatnya,puasanya, pahala hajinya. Setelah habis kesemua pahala tersebut sekiranya dosanya masih ada, dosa-dosa mereka yang pernah beliau tuduh di aats muka bumi akan diberikan ke atas orang yang menuduh ini. Maka pada ketika itu golongan ini dikategorikan oleh Allah sebagai ahli neraka, golongan yang muflis di dalam neraka Allah," katanya.

Ustaz Fathul seterusnya menegaskan penyelesaian kepada apa yang berlaku terhadap Dr Hasan hari ini bukanlah dengan cara umpatan atau sebarang keji-kejian sebaliknya dengan syura.

"Mungkin ada orang yang tidak setuju dengan tindakan Dr Hasan yang bercakap soal parti dan sebagainya tetapi penyelesain bukannya dengan fitnah serta umpatan. Bukan dengan cacian dan makian. Penyelesainnya dengan syura..dimana syura..dimana perbincangan..dimana perkatan baik yang sewajarnya ditunaikan sebagai muslim.

Dalam isu ini syura dalam Pas wallahuaklam.Cuma keputusan yang dianggap menzalimi seseorang. Itu yang perlu dipertikaikan," katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

pakMan said...

Ust Hassan Ali...
Teruskan perjuangan ISLAM, bangun2 tanpa menoleh kebelakang, doa kami sentiasa bersama mu...

Centurion said...

Dr Hassan ali merupakan mimpi ngeri kepada golongan anwarinas dan DAP

 
 
Blogger Templates