Social Icons

Pages

Tuesday, January 31, 2012

KENYATAAN ANWAR TENTANG ISRAEL !!! INI JAWAPAN TUN MAHATHIR !!!


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau tidak terkejut apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan lebih pro-Israel berbanding dengan Palestin.

“Dia (Anwar) tidak pernah menyebut tentang nasib rakyat Palestin,simpatinya terhadap perjuangan orang-orang Yahudi.Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul ‘A Malaysian Approach ro Public Leadership’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.Katanya,Anwar mempunyai hubungan rapat dengan ramai anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.


“Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel).Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.Anwar tidak keliru, dia memang dekat dengan Israel. Apabila dia keluar dari penjara pada tahun 2004, dia telah bertemu dengan (Paul) Wolfowitz di Munich,Jerman,selama tiga jam, “, katanya.

Paul Wolfowitz adalah bekas penolong Setiausaha Pertahan Amerika Syarikat (AS) dan Presiden Bank Dunia, adalah berketurunan Yahudi.Tokoh zionis yang digelar ‘Arkitek Perang Dunia Islam’ itu semasa mempengerusikan ‘A Presidential Fellows Lecture, Anwar Ibrahim‘, di Bank Dunia pada 19 Jun 2006 turut mengesahkan Ketua Umum PKR itu adalah ‘kawan rapat‘ yang dikenali sejak akhir tahun 1990-an.

“Saya sendiri pun terperangkap.Saya ingatkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) betul-betul warak, sebab itu saya bawa masuk Umno, ingat boleh bawa nilai Islam di dalam parti,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

HM Melaporkan Namun,katanya selepas Anwar menyertai Umno, beliau menyedari tujuan asal Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

“Beliau masuk Umno, kerana kalau (masuk) Pas tak mungkin beliau akan jadi Perdana Menteri. Beliau punya cita-cita satu saja,” katanya.

Hadir sama isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif RSOG, Dr Hamidin Abd Hamid.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Anwar yang menyokong penuh kepada semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

“Beliau memang dekat dengan Israel.Beliau nak dilihat sebagai seorang yang moden dan mengikut trend, sebaliknya kita ini dianggap lapuk,memang beliau tak setuju dengan cara kita,” katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

sehari dua lagi dsai akan kata ini semua adalah kenyataan yang di putar belit oleh UMNO dan BN ..

yang betul benar DSAI la juga nampaknya .. yang jahat semua UMNO

Anonymous said...

hidup umno!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Hidup dunia akhirat kena ikut alquran dan hadith.
Kalau nak pentingkan duniawi kena ikut telunjuk yahudi. Jangan tunjuk jagoh Kalau tak ikut, regime anti yahudi akan dimusnahkan. America saja sudah 99% dikuasai oleh yahudi. Hampir semua jenama barangan popular diseluruh dunia dimiliki oleh yahudi. Kerajaan Afiz al assad hampir tumbang. Next iran, Afganistan Hamid Kalzai dan india dah tunduk, pakistan lepas ni, Bangaldis Myanmar dan thailand , singapura , Bruni dan philipine negara2 lembut......Malaysia macam mana boleh hidup sendiri - sendiri, siapa nak bantu. Tak payah masuk perang negara boleh kecundang oleh pengarohnya..........jangan sumbong dan bongkak , get real!

 
 
Blogger Templates