Social Icons

Pages

Monday, February 27, 2012

ADAKAH BENAR SURAT TUN MAHATHIR KEPADA ISRAEL MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA ISRAEL ???


Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan surat antara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mantan Perdana Menteri Israel Ehud Barak awal minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Wisma Putra telah menyemak surat berkenaan dan mendapati ia boleh disiarkan untuk umum.

"Wisma Putra telah memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu negara Palestin yang berdaulat," katanya kepada pemberita di Sekinchan


Katanya,surat itu menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Beliau berkata isu surat itu telah dimanipulasikan oleh pihak Pakatan Haram yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini. Taktik itu bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap pendirian pro-Israel yang diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

No comments:

 
 
Blogger Templates