Laman pro pakatan,suarapakatanrakyat.com mendakwa semakin ramai yang percaya jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,Ketua Pembangkang itu akan benar-benar melindungi keselamatan Negara Israel.
“Seorang rakan yang baru pulang dari menghadiri program politik yang membabitkan ANAK di sebuah penempatan Felda di Johor hanya mengelengkan kepala apabila ditanya mengenai respon masyarakat Felda terhadap kenyataan Anwar itu.Semua pun tuduh Anwar bela dan dibela Yahudi”, katanya ringkas.
Laman suarapakatanrakyat.com dalam laporan bertajuk “Israel: Salah Faham Ke Atas Kenyataan Anwar Semakin Buruk” memberitahu keyakinan Anwar pro-Israel semakin meningkat apabila Ketua Pembangkang itu mengunjungi dan berceramah di Turki baru-baru ini.
“Tambah memburukkan keadaan, kunjungan Anwar ke Turki baru-baru ini dijadikan ‘bukti’ untuk menunjukkan bagaimana Anwar mahu mengukuhkan hubungannya dengan Israel kerana Turki adalah antara beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.Anwar diketahui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan sering menjadikan negara itu sebagai contoh dalam membayangkan bentuk kerajaan Malaysia di bawah pimpinannnya”, lapornya.
Menurut laman itu lebih memburukkan lagi apabila akhbar Indonesia, Rakyat Merdeka turut menyelar kenyataan Anwar itu.
“Saya kira kenyataan (Anwar) ini sangat menceroboh dan berlebihan. Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam dunia, ketika dunia antarabangsa menyeru dan menyokong perjuangan bangsa Palestin (untuk) melepaskan diri dari penjajahan Israel,” kata Hery Sucipto, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam (PKTTDI) Universiti Muhammadiyah Jakarta (UMJ).
Menurut Hery, kenyataan Anwar itu bersifat politik bertujuan untuk meraih simpati dan sokongan daripada Amerika Syarikat, Barat dan Israel khususnya dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13.Menurut laman suarapakatanrakyat jika semakin ramai pihak tampil mengecam kenyataan Anwar bermakna “Semua penjelasan yang diberikan nampaknya tidak memberi sebarang kesan”.Perkara yang sama turut diakui oleh Anwar secara tidak sengaja dalam program ceramah Mesra Rakyat Bersama Rakyat, di Dengkil, Selangor, 27 Jan.
“Saudara Saifudin (Nasution, Setiausaha Agung PKR) tadi telefon..dia kata ada juga kawan-kawan daripada Keadilan..dia tanya..bukan dia tuduh saya tak..dia tanya macam mana nak jawab (isu Israel)..Saya kata jawab..baca rencana tu dulu..kerana rencana itu pertahan kedaulatan aspirasi rakyat Palestin..itu jelas..”, kata Anwar.
Rujuk minit 4:31 video di atas.
Anwar dalam Wal Street Journal (WSJ), 26 Jan, melaporkan Anwar berkata; “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”
Maksudnya ; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan Negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Apabila kenyataan Anwar itu menjadi kontroversi, maka beliau mengeluarkan satu kenyataan media di laman peribadi rasminya, anwaribrahimlog dengan mendakwa kenyataannya di WSJ itu merujuk persetujuannya terhadap konsep ‘two state solution‘ iaitu konsep dua negara berdaulat, yakni Negara Israel dan Palestin.Konsep ‘two state solution’ merupakan pegangan asasinya yang diputuskan bersama oleh badan antarabangsa International Crisis Group (ICG) yang dianggotainya sejak tahun 2006.Dalam mesyuarat ICG yang turut dihadiri Anwar di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac – 24 Mac 2007, badan yang ditaja George Soros itu meluluskan resolusi ‘two state solution’ dan mengsyorkan dunia Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

No comments:
Post a Comment