Social Icons

Pages

Monday, February 27, 2012

HOT NEWS !!! WAN SHADES NAK SAMAN BLOGGER KERANA CERITA ROGOL ???


Peristiwa kes rogol anak yang melibatkan seorang penyanyi hip hop telah menjejaskan reputasi baik Wan Shades ekoran tersebarnya spekulasi buruk di sebuah laman blog yang mengaitkan namanya,baru-baru ini.Laman blog itu menyebut bahawa Wan Shades antara individu yang dikaitkan dengan kes rogol berkenaan walaupun tiada bukti kukuh yang menguatkan dakwaan sedemikian.

Dakwaan berbentuk fitnah itu turut dianggap sebagai salah satu bentuk serangan peribadi kerana ia turut menjejaskan kepercayaan peminat terhadap Wan Shades. Berita sensasi itu bagaimanapun telah dinafikan Wan Shades yang dihubungi OHBULAN! .

“Saya ingin menuntut blog berkenaan supaya tampil ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan meminta maaf. Kalau mereka enggan berbuat demikian, pihak saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan surat saman. Dakwaan sebegitu bukan sahaja menjejaskan nama baik saya, malah keluarga saya turut terkena tempiasnya,” ujarnya.

Wan turut mengakui bahawa dakwaan itu memang mengejutkan pada mulanya.

“Macam manusia biasa, memang terkejut. Saya terkejut kerana ia melibatkan maruah saya kerana perkara rogol ini bukannya main-main. Senang cakap, bukan boleh bawa bergurau. Pada masa yang sama, saya mempunyai tanggungjawab sosial iaitu mengajar anak muda bersilat serta membuat pelbagai program untuk mereka. Jadi, perkara sebegini sudah tentu mengusarkan ramai pihak.”

Wan menambah lagi,“Alhamdullilah, ramai pihak yang menyokong saya kerana mereka tahu dakwaan itu tidak benar. Malah, ramai pelajar saya yang mengecam dakwaan berbentuk fitnah seperti yang disebarkan oleh blog berkenaan.”

Update berkaitan kes rogol,pihak polis masih belum mendedahkan identiti individu berkenaan kerana ia masih berada dalam siasatan.Blog berkenaan juga telah membuang arkitel fitnah daripada arkib mereka.

No comments:

 
 
Blogger Templates