Social Icons

Pages

Thursday, February 23, 2012

KALAU BERANI JOM TURUN KE BICARA AYAHANDA TUN MAHATHIR !!!



Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Program Bicara Minda bertemakan Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk menyampaikan ceramah sepertimana berikut:

Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur



Untuk makluman, program ini dapat memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilan dalam menghadapi arus perubahan perdana di samping membuka ruang perkongsian pengalaman dan penetapan hala tuju antara tokoh pemimpin negara dan peserta.

sehubungan dengan itu, MBM ini berbesar hati menjemput YB/Dato/Saudara/Saudari. Peserta yang dicalonkan diharap memenuhi kriteria berikut :

i. Pemimpin belia yang berumur 18 hingga 40 tahun.

ii. Pemimpin yang memegang jawatan dalam pertubuhan belia di pelbagai peringkat.

Pihak penganjur akan menyediakan makan minum peserta sepanjang program ini diadakan. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara ceramah dan borang penyertaan untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada Sekretariat MBM di talian faks (03) 9173 2759 atau emel mbm@belia.org.my sebelum atau pada 16 Februari 2012 (Khamis).Tempat adalah terhad.

Borang penyertaan

ATURCARA

PROGRAM BICARA MINDA

BERSAMA YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh.

Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

MASA ACARA

8:00 pg4 Pendaftaran Peserta & Sarapan

9:00 pg Ketibaan Tetamu Jemputan

9:20 pg Ketibaan YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan I & II

9.25 pg Ketibaan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia

9.30 pg Ketibaan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana

9.40 pg Nyanyian Lagu Negaraku

9.45 pg Bacaan Doa

9:50 pg Aluan oleh: YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia

10:00 pg Program Bicara Minda oleh: YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana

“Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020”

11:00 pg Sesi Soal Jawab

12:00 tghari Sidang Akhbar

Jamuan Tengah Hari

Bersurai

KEPADA ANAK MUDA MALAYSIA !!!

JOM DATANG RAMAI-RAMAI !!!

1 comment:

Anonymous said...

nak berbicara apa dengan orang tua pelupa ni..dah nyanyok!...kahkahkah....forum berbicara dengan Mahathir Mohamad!!?..A Doctor From The Asshole!!?..kahkahkah

 
 
Blogger Templates