Social Icons

Pages

Friday, February 24, 2012

PEMUDA BN DAN NGO SERANG IBU PEJABAT PKR !!!


Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerang ibu pejabat PKR dan menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang yang pandai bermain kata-kata demi menyelamatkan dirinya bersabit isu Israel.Oleh yang demikian,mereka hari ini tampil menyerahkan memorandum mengecam tindak tanduk Anwar Ibrahim Di Ibu Pejabat PKR.Bagaimanapun,hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan tidak kesampaian apabila tiada pihak yang tampil kerana rata-rata pimpinan PKR menghadiri Program Rapat Rakyat di Kuantan.

Menurut Setiausaha Pemuda Barisan Nasional,Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid,BN sama sekali tidak akan tunduk dan bersengkongkol dengan pemimpin yang menindas rakyat Palestin.


"Menghantar memorandum bantahan dan kutukan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Israel. Sebab itu kita berkumpul secara baik,"katanya.

"Tengoklah secara jelas,sandiwara,mainan politik yang telah ditunjukkan Anwar yang memperkudakan Pas yang mempunyai ideologi menegakkan Islam. Dan kawan baik Pas (Anwar) terang-terang menyokong Israel untuk menjahanamkan dan membunuh Palestin sebuah negara Islam," tambah beliau lagi.


Anwar pada pertemuan dengan Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa lalu menjelaskan pemimpin Pas itu "faham" pendirian beliau mengiktiraf Israel dengan syarat rejim Zionis itu menghentikan kekejaman di bumi Palestin dan menghormati hak rakyat negara itu.Walau bagaimanapun,Nik Aziz menerusi satu kenyataan selepas itu menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan.Nik Aziz sebelum itu menggesa Anwar menarik balik kenyataannya atau menyaman Wall Street Journal (WSJ) sekiranya akhbar itu tersalah lapor kenyataannya menyokong keselamatan Israel

"Dia boleh pusing balik,sebab itu Nik Aziz kata kalau tak betul samanlah WSJ tapi dia tak buat. Dia akan bermain dengan kata-kata," kata Megat Firdouz lagi.

NASIB BAIK KAT KUANTAN !!!

KALAU TAK MEMO TU DAH SAMPAI KAT TANGAN ANWAR IBRAHIM !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates