APABILA pelbagai pihak bersetuju agar Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membuang masa dengan melayan kehendak pembangkang untuk beliau berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah saranan yang tepat.Perdana Menteri tidak perlu membuang masa melayan tuntutan tidak berfaedah tersebut memandangkan cadangan berdebat berkenaan bukan sahaja bertujuan bagi mengalih isu tetapi juga sememangnya strategi pembangkang untuk meraih simpati rakyat.
Sememangnya meraih simpati adalah strategi pembangkang dan Anwar sejak 1998 lagi. Apa sahaja isu yang berkaitan dengan Anwar akan dijadikan modal kononnya beliau adalah mangsa konspirasi politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).Begitu juga apabila mereka mendakwa ceramah mereka disabotaj biarpun mereka sendiri mencari pasal masuk ke kubu kuat BN. Semua itu mereka lakukan dengan tujuan menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka sentiasa sahaja berada dalam keadaan menjadi mangsa.
Hakikatnya dalam soal mengajak Perdana Menteri berdebat, pembangkang sudah kehabisan modal dan isu bagi menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang.Mereka hanya mengharapkan ceramah-ceramah yang dihadiri oleh ramai orang bagi meraih simpati dan sokongan, mereka akan gunakan kebijaksanaan bercakap untuk memutar belitkan fakta dan mengelirukan rakyat berhubung segala usaha kerajaan.
Pembangkang kini semakin terdesak dan terhimpit kerana dilanda satu demi satu isu yang memaksa mereka mengadakan ceramah bagi menunjukkan kononnya mereka berada di pihak yang betul. Pergilah ke ceramah Anwar atau pembangkang termasuk Pas, mereka tidak membentangkan apa yang boleh mereka lakukan bagi kesejahteraan rakyat dan negara jika memerintah.Sebaliknya mereka menghabiskan banyak masa bagi menjawab isu-isu yang mereka sendiri cetuskan seperti isu sokongan kepada Israel. Isu tersebut ternyata memberi impak yang besar kepada pembangkang terutamanya Pas yang amat mengharapkan sokongan orang Melayu.
Kegagalan Pas untuk menunjukkan pendirian yang tegas dalam isu tersebut dengan menerima sahaja penjelasan Anwar ternyata akan merugikan Pas kerana orang Melayu melihat parti itu sanggup bertolak ansur dalam apa juga perkara asalkan dapat meraih kuasa bersama PKR dan DAP.Bimbang kepada kemerosotan sokongan orang Melayu kepada pembangkang, maka Pas bersungguh-sungguh menyokong Anwar dalam apa keadaan sekali pun.Tetapi orang Melayu sudah mulai sedar mengenai perjuangan Pas dan Anwar, malahan orang Melayu di kawasan luar bandar yang merupakan 37 peratus daripada kumpulan pengundi semakin memahami usaha kerajaan BN dalam meningkat taraf hidup mereka.
Oleh itu, jentera-jentera UMNO dan BN tidak perlu takut dengan strategi meraih simpati yang dilakukan oleh Anwar dan pembangkang, sebaliknya mereka perlu bergerak untuk memberi penjelasan kepada rakyat apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan BN.
"Jelaskan kepada rakyat bagaimana BN masih boleh mentadbir negara dengan baik selepas pilihan raya umum lalu biar pun terpaksa berhadapan dengan politiking melampau daripada pembangkang.Terangkan kepada mereka, bagaimana kerajaan BN boleh bangunkan kawasan luar bandar dengan sekian banyak rumah dan jalan dalam keadaan tanpa majoriti dua pertiga.Beritahu mereka, bagaimana kerajaan masih mampu memberikan sumbangan RM500 melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia, RM100 untuk pelajar sekolah dan baucer buku RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi di saat-saat pembangkang siang malam menuduh BN tidak pandai menguruskan ekonomi negara," kata seorang pemimpin muda UMNO kepada penulis.
Pemimpin muda berkenaan memberi pandangan itu kerana beliau tidak mahu jentera BN dan UMNO terlalu takut kepada Anwar dan pembangkang sedangkan berbanding pembangkang yang hanya tahu menabur janji kosong dan meraih simpati, BN jauh lebih baik apabila menunaikan janji dan menyusun strategi bagi meningkat taraf hidup rakyat.
"Bayangkanlah bagaimana kalau BN ada majoriti dua pertiga dan mentadbir negara tanpa mainan politik kacau-bilau pembangkang, sudah pasti BN akan mampu melaksanakan semua agenda untuk rakyat lebih baik lagi,'' katanya.
Berdasarkan kepada hujah berkenaan maka tidak perlulah BN melayan cadangan debat atau apa sahaja desakan pembangkang yang bertujuan menganggu kelancaran BN untuk terus melaksanakan agenda untuk rakyat.Pembangkang tidak ada kerja lain, tugas mereka hanya mencari salah kerajaan BN, mereka ibarat berusaha mencari isu di siang hari dan bertempik di pentas-pentas ceramah di malam hari. Oleh itu tidak perlulah BN melayan politik buang masa pembangkang itu. Kenapa perlu melayan satu pihak yang kononnya mampu mentadbir lebih baik tetapi apabila diberi kuasa memerintah beberapa negeri sudah kelam-kabut.
Sebaliknya tumpuan BN sekarang terus melaksanakan agenda transformasi yang digariskan oleh Najib bagi memastikan parti itu mampu meraih sokongan lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang. Tidak payah melayan agenda reformasi demi meraih simpati pembangkang.Sebaliknya tumpukan perhatian kepada usaha menunaikan janji melalui transformasi yang berteraskan kepada gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Pembangkang sudah hampir ke tahap muflis isu bagi membolehkan merampas Putrajaya. Mereka semakin bimbang dengan agenda dan pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan BN dalam usaha memulihkan sokongan rakyat.Tindakan melayan pembangkang termasuklah berdebat hanya akan menyebabkan BN masuk ke dalam perangkap pembangkang yang sememangnya mahu parti itu melayan kerenah remeh-temeh mereka agar agenda kerajaan untuk rakyat akan tergendala atau terbantut.
Sudah menjadi sikap pembangkang sejak dahulu lagi, dalam apa hal pun mereka hanya bermodalkan air liur, sebab itulah mereka mudah menabur janji, suka berceramah dan berdemonstrasi.Ini berbeza dengan pendekatan BN yang melaksanakan segala janji dan tidak akan sesekali mencipta mimpi untuk rakyat seperti pembangkang 'membuai' penyokong-penyokong mereka berhubung impian ke Putrajaya.
Ingatkan bahawa pembangkang semakin terdesak dan tertekan, dari semasa ke semasa mereka semakin gagal untuk menunjukkan bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN.Pakatan mereka penuh perbezaan, tiada kesepakatan dan tiada arah tujuan, misi mereka hanya satu iaitu merampas tampuk kekuasaan. Justeru tidak perlulah jentera BN merasa gerun dengan Anwar dan kuncu-kuncunya dalam pembangkang termasuklah 'pak turut setia' mereka iaitu Pas.
Tiada apa yang harus digeruni dengan pembangkang, mereka hanya tahu meraih simpati tetapi tiada visi dan misi.Perjuangan yang ikhlas demi kesejahteraan rakyat, bangsa, agama dan negara pasti akan menumbangkan perjuangan yang berlandaskan kepada matlamat menghalalkan cara.
Oleh Zulkiflee Bakar

No comments:
Post a Comment