Keperitan yang ditanggung oleh si isteri gara-gara sikap suaminya yang lari bersama perempuan lain memang tidak dapat dibayangkan.Sungguh pun begitu,si isteri tetap setia dan mahukan si suami pulang untuk kembali bersamanya.Apatah lagi perhubungan tanpa ikatan yang sah dengan si jalang sudah mencecah 7 bulan lamanya.
Begitulah yang diceritakan kepada SelangorDaily tentang asal sebab musabab bagaimana si isteri yang kebingungan,cuba mendapatkan bantuan dari ahli Dewan Undangan Negeri tersebut.
Rupanya,suaminya diperdaya oleh si jalang,yang menggunakan taktik menggugut bunuh diri,sekiranya si suami kembali kepada si isteri.Entah bagaimana dan untuk apa, si jalang memiliki salinan kad pengenalan dan gambar bersaiz paspot si suami.Dalam keadaan sedih dan bingung serta hilang tempat bergantung,si isteri bertekad untuk berjumpa dengan ADUN pilihan rakyat,yang menonjolkan dirinya sebagai pejuang rakyat marhain pada 2008.Harapannya satu, agar si suami dapat diselamatkan dari pelukan dan cumbuan si “pisau cukur”,yang berloghat pantai timur itu.
Usaha si isteri untuk bertemu dengan wakil rakyatnya tampak cerah apabila dipanggil bertemu setelah membuat temujanji sebelum itu.Tanpa berselindung,si isteri menceritakan tentang masalah yang membelenggu dirinya,bersama 4 orang anaknya.
Setelah habis berbincang tentang masalahnya,si isteri benar-benar mengharapkan bantuan dari wakil rakyat berkenaan.Dalam keadaan sedih,si isteri melahirkan rasa terkejut apabila si wakil rakyat membuat tawar-menawar,tentang harga yang perlu dibayar jika si isteri mahukan khidmat wakil rakyat berkenaan.RM3 ribu hingga RM5 ribu.Begitulah anggaran yang dimahukan oleh wakil rakyat berkenaan,yang tiba-tiba tidak menjadikan statusnya sebagai wakil rakyat,sebalik sebagai seorang berprofesi peguam.
Apa yang berlaku seolah-olah wakil rakyat berkenaan menggunakan statusnya sebagai tapak atau jalan mencari bisnes,sedangkan beliau telah pun mendapat elaun sebagai ADUN !!!! Itu belum dikira dari hasil kiri kanan yang mungkin juga beliau perolehi,berdasarkan modus operandi penyamun-penyamun di Selangor yang lahap memfaraidkan harta rampasan perang.
Pandai sungguh wakil rakyat ini mengambil kesempatan.Lebih malang,kesempatan diambil dari seorang wanita yang sedang dalam kesusahan dan kebingungan gara-gara hilang tempat bergantung !!!
Sudah jatuh,ditimpa tangga,begitulah nasib si isteri malang itu.
Sudahlah harta kerajaan negeri semakin habis difaraidkan,saku rakyat pun hendak ditibainya !!!
RENUNG-RENUNGKAN

No comments:
Post a Comment