Hati siapa tak terdetik mendengar sekujur tubuh kecil dibunuh dan dibakar sehingga rentung.Kanak-kanak hilang bernama Nurul Nadirah yang sebelum ini pernah dipaparkan beberapa blogger dan media elektronik telah ditemui pihak polis dalam keadaan yang amat menyedihkan lagi kejam.Hanya manusia bertopengkan syaitan tergamak melakukan perkara sedemikian.Adik Nurul Nadhirah Abdullah yang hilang selepas keluar membeli mee segera dan telur secara bersendirian di kedai berhampiran setelah disuruh ibunya disahkan mati ekoran penemuan mayat rentung di ladang kelapa sawit berhampiran .
Ada jugak status dalam facebook yang disebarkan menyatakan ibu kanak kanak malang tersebut sedang leka bermain facebook dan membiarkan anak yang cuma berusia keluar bersendirian tanpa pengawasan dan menyebabkan masyarakat prihatin berang dengan tindakan ibu tersebut.saya kurang pasti perkara ini benar atau tidak kerana saya membaca status dalam Facebook
Dalam berita juga seperti yang dilaporkan :
JOHOR BAHARU : Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.
"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini,Isnin.
Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.
Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima,Bandar Seri Alam.Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.
Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan. - BERNAMA
saya sedih sangat bila mengenangkan anak sekecil Dirang teringin nak makan mee segera,tetapi disuruh ke kedai membeli sendiri,dalam perjalanan,dibunuh kejam.Kenapa anak sekecil Dirang yang langsung tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman manusia yang bertopengkan syaitan.Ada juga yang mengatakan bahawa status Facebook juga,Dirang sudah dibiarkan bermain diluar sejak berumur 3 tahun tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa.saya bukan nak salahkan ibu bapa nurul nadirah,kepada pembaca dari johor,adakah semua ini benar ??? Jika benar dakwaan ini.....saya dah tak boleh teruskan artikel saya ini kerana ketika saya menulis artikel ini saya sedang sedih dan menitis air mata.saya Terbayang jika benda macam ini berlaku dalam keluarga saya sendiri.kepada pihak polis tolong tangkap dengan segera siapa yang membunuh Dirang dengan kejam ini.walaupun 4 orang,saya harap selesaikan cepat..saya pinta sangat-sangat...
Pesanan saya kepada pembaca Badut Rakyat.saya minta maaf kalau anda terasa.Jangan hanya pandai buat anak.Bila dah dapat tak pandai nak hargai anak yang ada.Anak adalah kurniaan Allah yang teristimewa.Jagalah ia sebaiknya :-( .
AL-FATIHAH...

1 comment:
Diharap selepas kejadian ini, para ibubapa hendaklah lebih berhati-hati. Jangan biarkan anak-anak kecil lepas dari pandangan. Agak hairan, anak yang baru berusia lima tahun disuruh pergi kedai sendiri. Walaupun mungkin jarak dekat, tapi malang tidak berbau. Sungguh menyayat hati. Alfatihah..
Post a Comment