Social Icons

Pages

Tuesday, March 20, 2012

HOT NEWS !!! ADAKAH LAYAK ARTIS MALAYSIA PAKAI KERETA CERMIN GELAP ???



satu isu dah meletup.isu ini di bawa oleh Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang bercadang mengemukakan salah satu daripada tiga usul kepada kerajaan bagi membenarkan golongan selebriti mendapat kemudahan berkenaan.salah satunya ada lah Penggunaan Cermin Gelap Kat Kereta.alamak,terfikir juga.nak buat apa dengan cermin gelap kat kereta tu ??? saya minta maaf kalau artis terutama Zed Zaidi marah kat saya.isu ini saya baru baca semalam di internet.saya pun nak juga bagi pandangan.muahahaha.Dua usul yang lain ialah perlindungan insurans dan kuota rumah rakyat 1Malaysia.yang ni oklah lah.itu pendapat saya.berbaloi kalau dapat rumah dan insurans...

hal cermin gelap ini saya musykil.dalam konteks artis Malaysia ia adalah satu perkara yang bukan keperluan pun.Malah Zed Zaidi juga sepatutnya memikirkan usul-usul lain yang lebih utama daripada berhasrat mengemukakan perkara itu.saya rasa Banyak lagi usul lain yang lebih penting dalam dunia hiburan.saya pun banyak selongkar blog-blog artis ni dan kadang-kadang kesian ada juga kehidupan artis ni.


cuba anda fikir,Artis-artis di negara ini yang saya lihat tak lah seteruk Artis-artis di luar negara seperti Hollywood dalam keadaan yang tidak aman walaupun mereka kaya raya.Setiap hari mereka diganggu.Sekiranya hendak bercuti mereka terpaksa terbang jauh daripada negara mereka.Tidur malam mereka juga tidak tenteram kerana di luar rumah ada saja paparazi yang menunggu.mana lagi kesian artis luar negara atau artis di malaysia.kat luar negara 24 jam di ekori.artis kat Malaysia ni tak lah sampai macam tu.Mereka bebas berjalan dengan aman damai.Ke kedai mamak,ke pusat beli-belah dan nak ke jamban sekalipun tak ada masalah.opss terlebih pulak.betul lah apa yang saya katakan.saya pun pernah juga terserempak dengan artis.contoh nya artis pergi kedai mamak,saya lihat tiada pun paparazi tangkap gambar artis tu.malah artis tu siap bersembang tu...

Apabila Zed Zaidi kata dia bimbang diekori apabila artis balik tengah malam dan perlu memakai cermin gelap.saya terfikir juga di manakah kewajaran perkara itu ??? Jikalau tidak memakai cermin gelap sekali pun,jika orang nak ekori,mereka akan ekori juga.kalau lah kereta cermin gelap dah banyak di jalanraya,confirm orang tahu kereta tu kereta artis.tak fikir ker banyak masalah kalau pakai cermin gelap ni ??? kalau malam nampak ker pakai cermin gelap ni ??? ada juga bahaya nya kalau pakai cermin kereta gelap ni.

sumber yang saya dapat,keperluan menggunakan cermin gelap hanya dibenarkan kepada pihak-pihak tertentu yang 24 jam terdedah kepada bahaya termasuklah pengamal undang-undang ataupun Hakim di mahkamah.Mereka ini perlu mengelak diri masing-masing daripada dikenali kerana bimbang keputusan terhadap kes yang diputuskan menyebabkan ada pihak tidak berpuas hati serta ingin melakukan perbuatan jenayah.Artis malaysia ni terdedah ke tahap bahaya seperti itu ??? cuba anda fikir,kalau bahaya macam tu apa kata artis tukar kerja,ok juga.jadi hakim ker ??? opss,sorry,terlazer sikit.Kalau ada orang benci dan naik angin pun hanya kerana melihat watak yang dilakonkan ataupun kerana perangai buruk artis tersebut sendiri.itu jer.macam biasa lah blog artis confirm akan naik kan isu artis tu.

saya rasa,Zed Zaidi mungkin boleh membangkitkan usul lain yang lebih utama kepada pihak kerajaan jika benar Zed Zaidi mahu memperjuangkan nasib artis di Malaysia dan bukannya isu cermin gelap yer.jangan marah yer Zed Zaidi,hanya pandangan ikhlas dari saya untuk anda.

EKSKLUSIF !!

NANTIKAN SATU ARTIKEL KHAS UNTUK ANDA !!!

SAYA NAK KELUAR...

JAM 10 PAGI SAYA AKAN BERITAHU ANDA !!!

NAK TAHU ???

TUNGGU...

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

mudax hidup glamor dan tak sedar diri, bila dah tua menyusahkan orang, minta derma sana minta derma sini macam s*al

Anonymous said...

Fofular sangat ke sampai kena ikut paparazi. Tapi cermin gelap ni bahaya. Maklum lah orang tak nampak apa orang dlm buat....tau tau je lah dunia artis ni.

Anonymous said...

Artis ni banyak ketogari. Yang menyanyi boleh kira artis. Ramai yg akan claim mereka artis. Kalau polis tahan amacam mau bukti dia tu artis. Kena nyanyi satu lagu kut. Artis perlu ada kad khas.

Wahasbi said...

Jumpa artis Malaysia kat pusat beli belah atau kat airport takde orang ambil kisah pun. Pernah sekali masa dalam penerbangan, ada artis yang cakap kuat-kuat kerana nak tarik perhatian orang ramai, tapi orang ramai buat dek... je.

 
 
Blogger Templates