Social Icons

Pages

Friday, March 02, 2012

HOT NEWS !!! BLOGGER UMB PEMFITNAH PALING DAHSYAT DI MALAYSIA ??? SIAPA KAH BLOGGER ITU ???


ADAKAH BENAR BLOGGER UMB PEMFITNAH PALING DAHSYAT DI MALAYSIA ???

APA YANG MEREKA FITNAH SAMPAI DAHSYAT NI ???

SIAPA KAH BLOGGER ITU ???

LIHAT DI BAWAH UNTUK KEBENARAN !!!


GWM mengucapkan selamat maju jaya kepada Bekas Panglima Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Datuk Jamil Osman yang kini mahu menumpukan perhatian dalam bidang korporat setelah mengumumkan persaraannya.

Jasa dan bakti yang dicurahkan beliau tiada galang ganti terhadap negara.

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Jamil Osman yang telah melakukan pencerahan berkaitan isu beliau difitnah oleh beberapa blogger UMB kononnya beliau dipaksa bersara awal akibat menjadi 'kambing hitam' kepada rakan dan sahabat blogger paling rapat GWM ... PAPA GOMO.

Berita Harian, 2 Mac 2012,muka 16 sebagai bukti paling sahih Datuk Jamil Osman dan PAPA GOMO dijadikan instrumen baru menghalalkan fitnah oleh blogger-blogger yang bernaung dibawah payung UMNO.


Lagak seorang blogger handalan yang diiktiraf sebagai nombor 1 dalam UMNO dan Barisan Nasional.Tampak begitu angkuh dan sombong.

UMNO kini perlu berhadapan dengan risiko paling besar dalam sejarah media maya kerana terpaksa menggalas biawak-biawak hidup yang bergelimpangan menjanakan hasrat 'Tuan Besar' yang menggaji puak-puak ini dibelakang tadbir.

Jangan dinafikan, imej dan kredibiliti UMNO semakin tercalar akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan dosa dan noda permainan pejuang-pejuang yang kononnya memartabatkan maruah parti.

Jauh sekali bukti dan fakta yang mampu ditonjolkan, melainkan menghisap lendir-lendir fitnah sebagai pengisian artikel berbentuk dakyah dan tohmahan.

Persoalannya,apa yang perlu dilakukan oleh UMNO bagi membuat 'damage control' oleh blogger-blogger ini ?

Suka atau tidak, golongan ini membawa nama baik UMNO kerana sememangnya mereka ini secara langsung bernaung di bawah parti keramat orang Melayu.










Tanpa sebarang bukti, fakta mahupun pengakuan dari Bekas Panglima Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Datuk Jamil Osman, blogger-blogger UMB secara jelas memfitnah PAPA GOMO sebagai dalang kepada persaraan awal beliau dari meneruskan khidmat dalam TLDM.

Barangkali kerana terlalu mengikut telunjuk 'Tuan Besar', hilang pertimbangan akal untuk mencari kebenaran. Bukan main seronok blogger-blogger ini bertindak mengikut arahan yang wajib dijalankan.

Amat kurang cerdik dan berhemah artikel yang dilakukan.

GWM cukup kurang memahami apabila dikatakan 'Ruang Sulit' KD Tun Razak yang didedahkan dalam blog PAPA GOMO mampu merosakkan soal keselamatan negara.

Jika diikutkan,rancangan Discovery dan National Geographic pernah menayangkan 'Ruang Sulit' armada terbesar Amerika Syarikat, Nimitz Class Aircraft Carrier.

Secara logiknya,video Youtube ini sepatutnya diharamkan oleh pihak ketenteraan Amerika Syarikat kerana secara jelas menunjukkan 'Ruang Sulit' kekuatan armada berkuasa nuklear.

Lihat sahaja pada minit 1.18 hingga ke minit 1.23 ...pihak musuh tentu amat teruja mengetahui alatan dan perkakas yang digunakan di 'main deck'.



Apa yang menyebabkan blogger-blogger UMB secara berterusan menyerang dan memburukkan maruah blogger PAPA GOMO sehingga mahu mendedahkan identiti beliau di khalayak ramai?

Barangkali blogger-blogger yang bernaung dibawah UMB ini mampu memberi penjelasan kepada umum bagaimana suatu artikel yang berbentuk fitnah terhadap Bekas Panglima Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Datuk Jamil Osman dan blogger PAPA GOMO boleh diterbitkan.

Seharusnya Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Yang Berbahagia saudara Khairy Jamaluddin perlu memantau hasil kerja blogger-blogger yang bernaung dibawah UMB.

Perlu diingat, apa sahaja yang dikeluarkan dari blog-blog ini secara langsung membawa nama, imej dan kredibiliti UMNO, dan amnya Barisan Nasional.

Kita tidak tahu apa sebenarnya perasaan Bekas Panglima Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Datuk Jamil Osman apabila nama, imej dan kredibiliti beliau dicalit dengan najis semata-mata mahu memfitnah blogger yang bernama PAPA GOMO.

Dan persoalan yang paling menarik untuk diketahui, siapa yang mengarahkan berita berunsur fitnah ini dikeluarkan dalam segelintir blog-blog yang membawa nama UMNO secara khusus?

Kita tidak mahu seolah-olah fitnah sudah menjadi darah daging dan sebati kepada blogger-blogger yang bernaung di bawah payung UMB.

Habis terpalit blogger-blogger lain dibawah UMB akibat perbuatan kurang cermat puak-puak ini.

Malu UMNO dibuatnya, malu Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO ...

Sumber Gelombang Wangsa Maju

RENUNG-RENUNGKAN

10 comments:

Anonymous said...

Sapa 'Tuan Besar' tu?

Belasah dia balik.

Anonymous said...

anon9:54 PM,ko x tau ker siapa tuan besar dia? ko panggil dia Tun F******
KAH KAH KAH KAH

Pejuang Kebenaran

Anonymous said...

Hairan juga bagaimana artikel artikel yang menghentam bloggers pro BN boleh diterbitkan. Mereka kan ada kriteria tertentu yang patut diikut. Lainlah bloggers bebas yang tak bernaung dibawah UMB.

Jawa Bernam said...

Parah!!!!

Anonymous said...

puii no 1 la sgt..

Anonymous said...

Lu orang blogger pro Umno mana ada tulis ikut etika?...semua bedal ikut dan, tak kira fitnah ke pembohongan ke! semua belasah!...terutama Gomo! 'The Big Kantoi Man'...kahkahkah! antara lu orang sendiri pun jadi berantakan pasal duit!!...gua sarankan lu orang tak payah tulis lagi lah!...gi main kepala butuh lagi baik la!....

Anonymous said...

Pertama kali baru kenal ada nama blogg double y ni. Sorry lah takda impak membantu bn. Blogg badut rakyat lagi power.

Anonymous said...

Blogger baru yg bongkak. Badut rakyat pun dihentam gara gara memberi teguran

Unknown said...

Salam dan terima kasih kepada semua Anon yang memberi komen.saya bukan blogger hebat pun macam blogger tu.hehehe.siapa lah saya dalam dunia blogger ni.saya masih belajar walaupun dah lama bergiat dalam politik.biarlah saya di tuduh,janji saya tak buat fitnah.

RENUNG-RENUNGKAN

Anonymous said...

Salam... Aku pernah bertemu dengan Blogger Kulaan Niiring pasal isu ni, daripada perbualan aku dengan blogger ni, aku dapat agak ada maklumat yang samar-samar dan sengaja disembunyikan... Kulaan Niiring kata Papa Gomo sengaja menyeludup masuk ke dalam Scorpene... Persoalan sekarang ni... Ialah...

1) Jika benar Papa Gomo menyeludup masuk ke dalam kapal selam tsb, kenapa tak dihalang?
2) Jika benar Papa Gomo menyeludup masuk tanpa kebenaran, kenapa beliau tak ditahan?
3) Bermakna ada orang dalam yang membenarkan Papa Gomo masuk di luar pengetahuan Menteri Pertahanan...

Semua tahu krisis antara blogger UMB dengan blogger jalanan seperti Papa Gomo... Semua tahu krisis Papa Gomo dengab Tun Faisal... Aku juga tak bersetuju jika nak salahkan Papa Gomo 100%, jika orang yg bertanggungjawab membawa masuk Papa Gomo ke dalam Scorpene terlepas begitu sahaja...

 
 
Blogger Templates