Social Icons

Pages

Wednesday, March 07, 2012

HOT NEWS !!! BUKTI SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA YAHUDI TERSEBAR !!!


Berikutan langkah kerajaan membenarkan penyiaran tiga pucuk surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel,AIDC pula menyiarkan pula surat-surat Anwar Ibrahim kepada tokoh-tokoh Yahudi di Amerika Syarikat (AS).

Untuk bahagian pertama,AIDC menyiarkan surat Anwar kepada Zionis bernama George Soros bertarikh 15 Disember 2006 yang dihantar menggunakan kepala surat AccountAbilty.

Menurut laman realjewnews.com,Soros adalah seorang Yahudi dari Hungarian yang pernah membantu kewangan kepada Pergerakan Hak Asasi Kumpulan Gay di Serbia untuk menjatuhkan kerajaan tersebut.

Anwar adalah Presiden Kehormat AccountAbilty, sebuah organisasi yang berpengkalan di London yang sering disebut-sebut organisasi pro-Israel, naungan Al Gore, bekas Naib Presiden AS.



KLIK UNTUK BESARKAN

Surat Anwar di atas dihantar kepada George Soros beralamat di ibu pejabat Soros iaitu Soros Fund Management, 888 7th Avenue, 33 Floor New York, NY 10106.Selain Soros Fund Management, penyangak mata wang Yahudi yang menyokong fahaman progresif liberal itu juga mempunyai dua lagi yayasan dana iaitu Open Society Institute (OSI) dan Quantum Fund.

Di Poland, Soros juga memiliki yayasan dana lain yang dinamakan Stefan Batory Foundation.Dalam surat di atas, Anwar sebagai Presiden Kehormat AccountAbility meminta izin Soros untuk bertemu dengan bosnya, Simon Zadek Ketua Eksekutif (CEO) AccountAbility.

Simon Zadek dan Anwar merupakan Ahli Lembaga Pengarah Penasihat Generation Investment Management (GIM), sebuah syarikat pelaburan milik Al Gore.Tujuan pertemuan itu untuk membincangkan kerjasama di antara AccountAbility dengan Soros Fund Management.

“Saya yakin usaha tuan (Soros) dan misi AccountAbility adalah sehaluan dan berharap tuan akan merasakan begitu juga.Jika ini benar, saya mencadangkan kita memanjangkan perbincangan ini ke tahap lebih praktik di mana kerjasama akan menjadi lebih sesuai”, kata Anwar kepada Soros.

ANWAR IBRAHIM !!!

BUKTI ANDA MENYOKONG YAHUDI DAH ADA !!!

ADAKAH ANDA NAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEPERTI ANWAR IBRAHIM ???

ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT !!!

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates