Pemimpin pembangkang sepatutnya berasa malu dengan tindakan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat permohonan maaf bagi pihak Barisan Nasional (BN) atas kesilapan lalu yang menunjukkan bahawa pemimpin atau pun parti BN sentiasa bermuhasabah diri.Sambil menyifatkan tindakan Perdana Menteri itu sebagai satu yang harus dipuji dan dicontohi, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sikap tersebut juga adalah selaras dengan tuntutan Islam.
“Kalau ada kesilapan tidak ada salahnya kita memohon maaf. Tidak seperti pemimpin pembangkang yang tidak pernah akui kesilapan sebaliknya selalu menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri.Sepatutnya pemimpin pembangkang malu dengan sikap Perdana Menteri.Kalau nak diikutkan pemimpin pembangkang sepatutnya paling banyak kena minta maaf atas segala pembohongan dan ketidakmampuan mereka menunaikan janji kepada rakyat.
“Berapa banyak janji mereka yang telah ditaburkan pada pilihanraya umum lalu dan berapa banyak yang telah ditunaikan. Mereka tak mohon maaf sebaliknya salahkan orang lain atas kegagalan mereka.inilah moral pemimpin pembangkang yang tak tahu malu”, katanya kepada UMNO-Online.
Sambil memberi contoh tragedi Kampung Buah Pala,tindakan kejam kepada peniaga kecil, kegagalan menyediakan rumah kos rendah dan pelbagai lagi, beliau berkata pemimpin pembangkang bukan saja tidak akui kesilapan malah sanggup berbohong dan melemparkan fitnah kepada BN.
“Mereka banyak berjanji tapi tak ditunaikan.bukankah ini satu pembohongan dan kesalahan. Sudahlah tidak mohon maaf kepada rakyat mereka tuduh pula orang lain sekarang mereka buat janji lagi. Kita fikir rakyat boleh menilai”, ujarnya.
Beliau yang juga ADUN Teluk Bahang seterusnya berkata dosa dan kesilapan pemimpin pembangkang bukan saja di Pulau Pinang tetapi di Kedah, Selangor dan lebih dahsyat lagi di Kelantan.
“Lihat saja di Kelantan walaupun sudah perintah lebih 20 tahun tapi perkara asas seperti bekalan air bersih pun mereka tak mampu sediakan kepada rakyat.Patutnya pemimpin Pas yang mendakwa kononnya parti berlandaskan Islam mohon maaf pada rakyat Kelantan atas kelemahan mereka selama lebih 20 tahun ini tetapi ia tidak dilakukan sebaliknya terus dabik dada dan lemparkan pelbagai fitnah kepada UMNO dan BN”, katanya.
Perdana Menteri,Datuk Seri Najib baru-baru ini memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihanraya umum lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. -MediaUMNO

No comments:
Post a Comment