Umno Selangor mencabar Menteri Besar,Khalid Ibrahim @ gagap melantik juruaudit bebas bagi menjalankan siasatan terhadap ketirisan aset Yayasan Selangor (YS) berjumlah RM500 juta yang didakwa berpunca dari pentabiran Barisan Nasional (BN).Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor,Datuk Seri Noh Omar berkata,adalah perlu diadakan satu siasatan jika benar apa yang didakwa oleh Pengurus Besar YS,Ilham Marzuki bahawa pada tahun 1991 hingga Mac 2008 berlaku ketirisan aset YS.Menurutnya,kerajaan negeri harus mengemukakan bukti bahwa ia berpunca daripada BN dan jangan hanya pandai membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.
"Pembangkang hanya pandai membuat tuduhan tanpa sebarang bukti,ini adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan menutup kelemahan mereka. Saya ingin jelaskan bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar malah kami mempunyai bukti mengenainya," katanya pada sidang media.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan Selangor (Selcat), Datuk Teng Chang Khim yang mencadangkan Kerajaan Negeri perlu melantik juruaudit bebas bagi menyiasat ketirisan YS.Dalam sesi pendengaran awam yang diadakan kelmarin,Chang Khim mendakwa sejak Pakatan Haram mengambil alih YS,berlaku empat perbelanjaan tidak munasabah bernilai RM1.4 juta.Ia membabitkan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor,majlis berbuka puasa,majlis jamuan Aidilfitri dan Majlis Korban Perdana.
Datuk Seri Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata,beliau mencabar Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan terhadap Ilham kerana sepanjang menjawat jawatan itu, berlaku empat perbelanjaan yang tidak munasabah dan ia telah dibuktikan oleh Selcat.Katanya,sebelum ini beliau pernah mendakwa berlaku perbelajaan yang tidak munasabah oleh YS, tetapi perkara itu dinafikan oleh Abdul Khalid.
"Ini membuktikan bahawa dakwaan saya sebelum ini adalah benar, saya tidak bercakap kosong. Setiap apa yang saya katakan, saya mempunyai bukti yang mencukupi.Saya juga ingin meminta Abdul Khalid membuat permohonan maaf secara terbuka, kerana mendakwa apa yang saya katakan tidak benar. Oleh itu beliau harus memohon maaf," katanya.
Noh berkata, sepanjang sesi pendengaran awam yang diadakan itu beliau tidak dipanggil untuk memberikan penerangan,walaupun sebelum ini mendakwa berlakunya perbelanjaan tidak munasabah oleh YS.Menurutnya,jika dilihat secara menyeluruh pendengaran awam itu, adalah tindakan kerajaan negeri dalam cubaan untuk menyelindungi 'orang mereka' yang melakukan kesalahan.
“Selcat adalah mahkamah kanggaru,” katanya
BOLEH KER KHALID GAGAP BACA DOA DI MAJLIS-MAJLIS ???
BOLEH KER KHALID GAGAP JADI IMAM ???
RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:
Noh Omar diarahkan datang ke sesi pendengaran awam SELCAT utk bawak semua bukti didakwa penyelewengan kerajaan negeri Selangor...
Tapi dia tdk datang hanya simpan maklumat dalam perut dia...umpama Noh Omar ini seekor kanggaru...
Noh Omar berani depan kamera TV3 jer...lawak betul kanggaru ni...
Post a Comment