Ayuh Rakyat Malaysia Ke Perhimpunan Hari Belia Negara 2012 !!! Klik Untuk Selanjutnya !!!

Ayuh Rakyat Malaysia Ke Perhimpunan Hari Belia Negara 2012 !!! Klik Untuk Selanjutnya !!!
Ayuh Rakyat Malaysia Ke Perhimpunan Hari Belia Negara 2012 !!! Klik Di Atas Untuk Selanjutnya !!!

Follow Me,I will Follow U Back

Saturday, March 03, 2012

RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN !!! AYUH SAKSI KAN PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA PIALA @NAJIBRAZAK !!!


Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 edisi ke-6 (PABM 2012) bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu” Sudah bermula semalam iaitu 2 hingga 13 Mac 2012 bertempat Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pertandingan ini dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan.

Majlis perasmian malam kemuncak dijadualkan berlangsung di Dewan Planeri,PICC pada 8 Mac 2012.Ia akan disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia.Hadir bersama YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.

PABM diilhamkan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,yang memberi penekanan kepada memperkukuhkan kedudukan dan martabat bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

PABM 2012 disertai oleh 72 orang peserta daripada 67 buah negara dari seluruh dunia berbanding 64 peserta dari 59 negara pada edisi PABM 2011.PABM 2012 juga menyaksikan penyertaan 5 buah negara baru iaitu Arab Saudi, Mongolia, Greece, Madagascar dan Montenegro.Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori untuk memberikan keadilan dalam pemilihan peserta terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.
Dua kategori tersebut ialah :

1. Kategori Nusantara

Negara yang digolongkan sebagai pengamal bahasa Melayu sebagai bahasa utama atau bahasa ibunda mereka, antaranya adalah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, dan Thailand.Setiap negara akan diwakili oleh dua orang peserta yang dipilih oleh kementerian atau pihak berkuasa yang berkenaan di negara mereka. Tiga perserta terbaik daripada kategori ini akan terpilih ke peringkat akhir.

2. Kategori Antarabangsa

Seramai 62 orang peserta mewakili 62 buah negara dari 6 buah benua.Mereka ini terdiri daripada para pelajar institusi pengajian tinggi yang mengambil jurusan bahasa Melayu sebagai kursus efektif. Lima peserta daripada kategori ini akan terpilih memasuki peringkat akhir.

Sehingga kini,terdapat lebih 140 buah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian bahasa Melayu di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, contohnya seperti Amerika Syarikat, Argentina, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, United Kingdom, Jerman, Belanda, Rusia, Ukraine, Romania, Poland, Azerbaijan, Yaman, Mesir, Iran, Afghanistan, Pakistan, India, Sudan, Somalia, Kemboja, dan Vietnam.

Seramai lapan orang peserta akan bertanding di peringkat akhir. PABM 2012 menyediakan hadiah seperti berikut:

1. Johan setiap kategori PABM akan menerima Piala Pusingan, Piala Perdana Menteri, Piala Iringan, Wang tunai USD5,000.00 hadiah sampingan berupa kamus dan buku-buku dalam bahasa Melayu serta beberapa hadiah cenderamata sampingan.

2. Naib johan pula menerima Piala Iringan, wang tunai USD3,000.00 dan hadiah-hadiah iringan.

3. Pemenang tempat ketiga pula membawa pulang Piala Iringan, wang tunai USD2,000.00 dan hadiah-hadiah iringan.

Orang ramai boleh menonton siaran langsung acara kemuncak PABM 2012 di TV1 pada jam 8.45 malam.Pertandingan akhir ini juga disiarkan ke seluruh dunia di 1Malaysia TV (http://www.1malaysiaiptv.com.my) dan juga Utusan Online (http://www.utusan.com.my/)

(Kenyataan ini dikeluarkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi)

2 comments:

pukimaq said...

Homo cun tak suka pidato.Bontot tu suka la.

Anonymous said...

Hentikan la tegakkan benang yg basah.hakikatnya kamu tahu mana yag betul n mana yag salah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Sarawak Hot Bloggers

MAN UTD DIE HARD FANZ

MAN UTD DIE HARD FANZ

Blog Archive

Labels

1 MALAYSIA... (34) ABDUL HADI.... (17) ADAM... (31) AL-FATIHAH... (69) AMALINA... (3) AMINAH... (3) ANWAR / AZMIN... (12) ANWAR IBRAHIM VS TUN MAHATHIR... (1) ANWAR IBRAHIM... (632) ARTIS (1) ARTIS... (194) AZIZ BASI... (15) AZMIN ALI... (39) BADRUL HISHAM... (3) BADRUL... (4) BARISAN NASIONAL DAN UMNO... (88) BERITA... (76) BLOGGER... (56) BOB LOKMAN... (13) BUDAYA SONGSANG... (22) CHEGU BARD... (10) DAP... (74) DEMI ISLAM... (65) DR ASRI... (7) DUNIA... (2) FACEBOOK... (4) FELDA... (6) FUZIAH... (5) GAPS PERKASA... (1) GAPS... (12) HARI KIAMAT... (13) HASAN ALI... (56) HBN... (18) HINDRAF... (2) HISHAMUDDIN... (1) IBRAHIM ALI... (2) Introduction (1) JEFFREY... (2) JELAJAH ONE MALAYSIA... (7) JENAPALA... (1) KARAM SINGH WALIA... (1) KARPAL SINGH... (19) KEMALANGAN... (1) KEMUDAHAN ASAS... (1) KHAIRY JAMALUDDIN... (6) KHALID GAGAP... (46) KHALID SAMAD... (2) KHIR TOYO... (2) KHUSRIN... (3) KITA... (3) KOMUNIS... (1) KORBAN... (1) KUIL... (1) LIM GUAN ENG... (13) MAAL HIJRAH... (1) MALEK NOOR... (1) MASHITAH... (3) Mat Sabu... (7) MAULIDUR RASUL... (3) MELAYU DALAM BAHAYA... (42) MELOYAKINI... (5) MESIR (1) MESIR... (5) MOHD HIDHIR... (2) Muhyiddin Yassin... (15) NAJIB TUN RAZAK... (78) Namewee... (2) NFC... (34) NG KIAN NAM... (1) NIAT... (1) NIK AZIZ VS TUN MAHATHIR... (3) NOH OMAR... (13) NURUL IZZAH... (21) PAK LAH... (1) PAKATAN HARAM... (210) PAKATAN RAKYAT... (108) PAS... (286) PASIR... (14) PEMUDA MENDERITA... (2) PERIHATIN... (14) PERKASA... (31) PETROL... (1) PIALA SUZUKI AFF 2010... (5) PKR (1) PKR... (79) PRK DUN GALAS... (58) PRK DUN MERLIMAU... (61) PRK DUN TENANG... (68) PRU SARAWAK... (54) PSM... (1) RAHIMI... (3) RAIS YATIM... (9) RAJA-RAJA... (1) RASID... (1) REVOLUSI 1MALAYSIA... (1) RIDHUAN TEE... (4) ROBINGAH... (2) RPK... (1) SAIFUDDIN... (1) SAIFUL BUKHARI... (9) SALEHUDDIN... (1) SAMBUTAN KRISMAS... (1) SEHATI BERDANSA... (1) SEJARAH... (16) SELAMAT TAHUN BARU 2011... (1) SELANGOR... (82) SHAHRIZAT JALIL... (3) SHAMSIDAR... (2) SHUHAIMI... (2) SOMALIA... (3) SOSILAWATI... (5) SPR... (1) SUKAN... (34) TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN... (1) TAHUN BARU... (1) TAIB MAHMUD... (3) TENTERA... (1) TM... (1) TONY... (1) TOP RANKING ONLINE... (1) TUAN GURU NIK AZIZ... (78) TUN MAHATHIR... (49) UCAPAN RAYA... (3) UDA HOLDING... (2) UMMI HAFILDA... (34) UMNO WANGSA MAJU... (7) UMNO-PAS... (20) USTAZ AZHAR... (7) USTAZ DON... (1) USTAZ FATHUL... (6) USTAZ SAIDI... (8) WALK FOR GAZA... (1) WEE CHOO KEONG... (2) ZAHID HAMIDI... (3) ZAID IBRAHIM... (11) ZULKIFLI NOORDIN... (8)