Social Icons

Pages

Monday, April 23, 2012

AL-FATIHAH !!! PELAJAR UPSI MENINGGAL DUNIA KERANA JATUH DARI BANGUNAN !!!



seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Tanjung Malim dipercayai maut akibat jatuh dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu pukul 5.15 petang ,semalam.Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibeberapa bahagian badannya meningal dunia di tempat kejadian.Ketika itu,sebahagian pelajar UPSI baru sahaja menamatkan kuliah tambahan pada sebelah petang.Seorang pelajar dikatakan melihat kejadian berkenaan namun tidak boleh ditemuramah kerana trauma.

Menurut sumber,pelajar berusia 23 tahun berkenaan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester lagi.Kata sumber, mangsa dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan terbabit kerana terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan itu.


Ketika kejadian mangsa berpakaian muslimah,berseluar trek dan bertudung.Jenazah arwah telah dihantar ke Hospital Slim River bagi tujuan bedah siasat.Menurut rakan-rakannya,sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian serta berkemungkinan menghadapi tekanan perasaan.- SH

AL-FATIHAH...

No comments:

 
 
Blogger Templates