1. Pendahuluan
1.1. Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
1.2. Keupayaan mengembleng tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.
2. Takrif Belia
2.1. Dari segi umur belia ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Walau bagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.
3. Matlamat
3.1. Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.
4. Strategi
Untuk mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:-
4.1. Pembangunan Ilmu
Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
4.2. Pembentukan Sikap
Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
4.3. Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.
4.4. Pemupukan Gaya Hidup Sihat
Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
4.5. Kemudahan Interaksi Sosial
Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat di kalangan belia dan masyarakat.
4.6. Perkongsian Dalam Pembangunan
Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
4.7. Jaringan Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.
5. Pelan Tindakan
Strategi di atas akan dilaksanakan melalui tindakan berikut :
5.1. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh agensi sektor awam, swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan.
5.2. Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi kekeluargaan, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan.
5.3. Memantapkan program latihan kemahiran, peluang perniagaan dan keusahawanan supaya generasi belia mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang.
5.4. Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia dan masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang di anjurkan.
5.5. Menyediakan peluang dan kemudahan kepada golongan belia untuk memajukan diri dalam bidang sosial dan ekonomi.
5.6. Meningkatkan semangat kesukarelawanan dan patriotisme melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.
5.7. Memberi kefahaman generasi belia tentang konsep persejagatan (Globalisasi) dan kepentingan hubungan mereka dengan agensi kerajaan,swasta,pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan serta jaringan antarabangsa.
5.8. Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi kegiatan penyelidikan belia termasuk pematauan dan penilaian.
6. Prinsip Pelaksanaan
Semua program dan aktiviti diselaraskan berasaskan strategi dan pelan tindakan yang telah ditentukan berteraskan kepada Prinsip-prinsip Rukun Negara dan dasar-dasar utama negara yang berkaitan.
7. Rumusan
Dasar Pembangunan Belia Negara adalah panduan yang dapat memberi peluang dan ruang kepada semua pihak dalam merancang dan melaksanakan program untuk memperkasakan pembangunan belia.
(Dasar digubal pada tahun 1985 sempena Perayaan Tahun Belia Antarabangsa yang pertama dan dikaji semula pada tahun 1997 yang kemudiannya dinamakan Dasar Pembangunan Belia Negara)
AYUH BELIA MALAYSIA !!!
KITA GEGARKAN PUTRAJAYA 23 - 27 MEI INI !!!
PUTRAJAYA KHAS UNTUK ANDA !!!

No comments:
Post a Comment