Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat berikutan kekecohan yang melanda perhimpunan anjurannya di Dataran Merdeka semalam.Sumber Kementerian Dalam Negeri memberitahu Mynewshub,polis dan agensi berkaitan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang menyiapkan laporan dengan segera untuk dihantar kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan berkenaan.
“Selain laporan melibatkan Ambiga,polis juga sedang menyiapkan laporan melibatkan perusuh yang ditangkap dalam perhimpunan Bersih 3.0,” katanya ketika dihubungi.
Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan secara tepat bila Ambiga akan didakwa namun berkata, ia akan dilakukan secepat mungkin.
“Ambiga gagal mengawal keadaan sehingga ada peserta yang sengaja merempuh masuk ke Dataran Merdeka, sebagai penganjur,dia harus dipertanggungjawabkan,” katanya.
Ambiga dilaporkan mengakui kegagalannya mengawal emosi penyokongnya yang merempuh penghadang polis berhampiran Dataran Merdeka walaupun perkara itu dijanjikannya sebelum ini tidak akan berlaku.Akibat sikap peserta demostrasi berkenaan,polis tiada pilihan selain terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air bagi meredakan keadaan.Polis telah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghalang mana-mana kumpulan untuk memasuki Dataran Merdeka bermula semalam sehingga hari Selasa depan.
Ambiga tambah sumber itu,harus bertanggungjawab terhadap kecederaan yang dialami peserta dan juga orang awam yang tidak terlibat dalam perhimpunan berkenaan tetapi cedera apabila dirempuh peserta yang lari bertempiaran bila digempur polis.Sementara itu, sumber yang sama berkata, sepanjang demonstrasi semalam, seramai 113 mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 13 daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad.
“Kebanyakkan pesakit dirawat kerana mengalami kecederaan akibat dirempuh peserta yang cuba melarikan diri ketika disuraikan pihak polis,” katanya.
Polis yang cedera dan dirawat di HKL katanya adalah seramai 11 orang di mana dua daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad.Dua petugas media juga sedang dirawat di HKL ketika ini, jelasnya.

2 comments:
habis kuat pun denda rm 2000 ja...mana ada org berani dakwa dia lebih2, sebab dia berjaya menggeraakan beribu2 org berbaju kuning tanpa di bayar gaji....
dakwa je si Ambiga ni...
HOT!! BUKTI ANWAR ARAH AZMIN CETUS REMPUHAN DI DATARAN MERDEKA! Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment