Ada sebab besar untuk pemimpin Pas Kelantan berasa gundah gelana apabila Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang diadakan pada 22 April 2012 Bersamaan hari Ahad di Puchong Perdana,Selangor gagal menarik perhatian ramai anak Kelantan untuk hadir memeriahkannya.Majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) itu merupakan siri perjumpaan rasmi antara pemimpin Pas Kelantan dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri yang diharap akan menambah sokongan pengundi luar untuk Pas negeri.
saya turut hadir di sana bersama empat rakan lain pada mulanya menjangkakan kehadiran mungkin akan melebihi 2,000 orang dengan andaian kemunculan Menteri Besar,Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi daya penarik utama namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.Berbekalkan undangan dari rakan-rakan Facebook,saya dan empat rakan lain bertolak dari Johor Baru,menaiki dua buah kereta dan sampai di sana sewaktu Nik Aziz baru saja turun dari kereta mewah Mercedes E class mata belalang nombor plate DAT 55 berwarna hitam metallic.Dari kejauhan kelihatan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang mengiringi Nik Aziz seperti terpinga-pinga melihat sambutan dingin dan agak hambar itu. Mungkin tidak menjangkakannya sama sekali.Selepas Nik Aziz dan rombongannya selesai bersalaman dengan hadirin,kami menyertai majlis tersebut sambil tiga rakan lain mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran mengikut kawasan DUN tempat mereka mengundi.
Semasa saya bersama beberapa rakan melilau sana sini merakamkan gambar suasana,beberapa kali terdengar rungutan kekecewaan tetamu berikutan sambutan majlis yang suram.Suara-suara kekecewaan itu hanya terhenti seketika sewaktu Nik Aziz membuat ucapan perasmian.Di dua sudut berhampiran kaunter urusetia kelihatan beratus-ratus beg cenderahati masih tidak terusik manakala mengikut maklumat seorang rakan yang juga urusetia majlis,masih terdapat banyak lagi beg cenderahati yang gagal diedarkan dan tersimpan di dalam kenderan mereka.
Beg cenderahati tersebut yang pada mulanya hanya diberikan kepada hadirin yang mendaftarkan diri sahaja antaranya mengandungi buku 100 sebab kenapa mesti tolak UMNO,buletin kerajaan negeri,flyer Purnama,pamplet isu royalti minyak serta cenderati lain seperti pen dan key chain berlogo Pas,akhirnya diagih-agihkan kepada semua selepas majlis cabutan bertuah selesai pada kira-kira jam 2.10 petang.Pihak penganjur pada mulanya agak yakin mampu menghimpunkan lebih 3,000 orang anak Kelantan yang tinggal dan bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur untuk hadir ke majlis tersebut kemudiannya terpaksa berpuas hati dengan kehadiran hanya lebih kurang 200 orang hadirin sahaja.
Kegagalan majlis tersebut tidak dapat tidak pastinya memberi satu gambaran awal keyakinan rakyat Kelantan terhadap pemerintahan 22 tahun Pas dan Nik Aziz di Kelantan mungkin hampir sampai ke penghujungnya.Jika gambaran awal mood pengundi luar sama seperti sambutan dingin yang diterima Nik Aziz dalam majlis temu muka 22 April dijadikan sandaran, besar kebarangkalian untuk Pas Kelantan bakal berdepan dengan masalah yang agak besar menjelang pilihanraya akan datang.Tak mustahil situasi genting tahun 2004 bakal berulang seperti mana jangkaan ramai pihak ataupun mungkinkah pilihanraya umum kelak menjadi noktah akhir untuk Pas ???
SAMA-SAMA KITA NANTIKAN !!!
RENUNG-RENUNGKAN

7 comments:
Org ramai pun dah bosan dgn PAS!!
NURUL IZZAH TERDESAK!! CUBA SABOTAJ PENGUNDI BN LEMBAH PANTAI!! baca di sini..
http://apakecoh2.blogspot.com/
APABILA SYAITAN DIJADIKAN KAWAN, KAUM LUT DIJADIKAN IKUTAN MAKA GUGURLAH PERTOLONGAN TUHAN.
boh la gambaq...baru beshh tgk
mohon pautkan link
http://1beliung.blogspot.com/
tq
Nik Aziz ikut berjemur kat dataran tak 28 April ni? Kalau ikut kena la sediakan paramedik..
Jangan, nanti ada orang pertikaikan mengapa Doktor boleh berada di situ.
anon 6:01 PM nanti mereka kata ini salah UMNO. keh keh keh
Post a Comment